Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada 29 pelajar dari Indonesia ke Pusat Informasi MRT, Damansara Utama pada 12 April 2016
Pelajar-pelajar Indonesia dari Universiti Muhammadiyah ini telah diketuai oleh 2 pensyarah mereka. Mereka yang hadir adalah pelajar yang sedang menuntut dalam pelajaran Kejuruteraan Awam jurusan Rekabentuk dari pelbagai peringkat pengajian.
Lawatan ini bermula pada pukul 2.00 petang dengan sesi pengenalan Projek MRT yang telah diberikan oleh Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Encik Leong Shen-Li.
Selain daripada maklumat latar belakang Projek MRT, peta laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dan video pembinaan-pembinaan yang telah dijalankan dipersembahkan kepada para hadirin untuk mereka memahami pelbagai aspek Projek ini.
Projek MRT ini telah menarik minat para pelajar dan mereka mengajukan pelbagai soalan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi memahami Projek MRT dengan lebih lanjut.
Lawatan berakhir dengan hidangan ringan.





