Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada 20 delegasi daripada Pertubuhan Juruukur Di Raja Malaysia (RISM) ke beberapa stesen Projek MRT pada 27 April 2016.
Untuk memulakan prosiding sebelum menghala ke stesen MRT yang terpilih, Encik Hairil Izwan dari Bahagian Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaraan telah menyampaikan sebuah taklimat ringkas berkenaan amalan keselamatan dan prosedur yang MRT Corp ambil jika kebakaran berlaku di stesen MRT atau semasa berada di pejabat MRT.
Selepas selesai taklimat keselamatan, delegasi telah diminta supaya memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) sebelum bergerak ke bas memulakan lawatan.
Pada pukul 9.30 pagi, para delegasi telah menaiki bas ke stesen MRT Cochrane, stesen pertama untuk dilawati. Mereka telah diketuai oleh Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah MRT Corp Dato’ Haris Fadzilah dan Setiausaha Syarikat MRT Corp, Encik David Loo.
Setibanya di stesen Cochrane, delegasi yang diketuai oleh Naib Presiden Bahagian Ukur Tanah RISM Dato’ Sr Mohd Noor Isa, telah diberikan penerangan oleh pegawai stesen, Encik Syed Nur Aizuddin, mengenai bahaya keselamatan semasa di stesen. Setelah selesai, beliau telah membawa delegasi melawat stesen bawah tanah sambil berkongsi maklumat mengenai ciri-ciri stesen dan juga fungsi beberapa peralatan.
Setelah sejam berada di stesen Cochrane, para delegasi kemudiannya bergerak ke stesen Taman Pertama, stesen MRT yang dijadualkan untuk dilawati.
Sebuah lagi taklimat keselamatan telah diberikan kepada para delegasi, dimana kali ini, telah disampaikan oleh Encik Muhammad Rozi, pegawai keselamatan stesen Taman Pertama. Beliau menekankan bahawa langkah keselamatan adalah berbeza di stesen bertingkat ini berbanding dengan stesen bawah tanah.
Untuk lawatan stesen ini, Timbalan Pengurus Projek stesen Taman Pertama, Encik Tarun Deep Bhatia telah mengambil alih untuk mengetuai delegasi untuk meninjau stesen. Beliau menjelaskan tentang setiap tingkat stesen dan juga bahawa stesen tidak akan dilengkapi dengan penghawa dingin. Sebaliknya, beliau menerangkan penggunaan kipas besar yang akan dipasang di stesen.
Lawatan ini telah berakhir dengan delegasi menghala pulang ke ibu pejabat MRT Corp dimana makan tengahari telah dihidangkan.









