Sekumpulan 14 peserta dari Program Perdana Fellow (semasa dan alumnus) telah membuat lawatan ke ibu pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 4 Januari 2019 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Projek MRT serta industri nya.
Lawatan itu merupakan sebahagian daripada sesi perkongsian pengetahuan antara program itu dengan pelbagai organisasi lain, di mana salah satu daripada sesi terbaru mereka adalah bersama Bank Dunia.
Dalam memahami pelbagai industri dan bagaimana ia mempengaruhi ekonomi negara, para peserta telah mengajukan beberapa soalan untuk Dato’ Najmuddin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp mengenai pengalaman pembelajaran yang telah diperolehi oleh Projek itu, serta rancangan ke hadapan MRT Corp berdasarkan hala tuju Kerajaan.
Sejumlah peserta yang hadir pada hari itu kini sedang berkhidmat di pelbagai Kementerian Kerajaan, seperti Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan. Kepelbagaiaan latar belakang peserta telah membuatkan ianya sebuah sesi yang amat menarik kerana soalan yang diajukan merangkumi topik yang berlainan.
Sesi berakhir dengan nota yang baik, di mana para peserta mendapat gambaran yang mendalam tentang Projek MRT.



