Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah memenangi Anugerah Perak untuk Majikan Pilihan dalam Anugerah Sumber Manusia Malaysia 2016 yang ke 16.
Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato’ P. Kamalanathan lah menyampaikan anugerah tersebut kepada Pengarah Sumber Manusia Strategik MRT Corp, Encik Zainudin Ismail semasa acara Makan Malam dan Penyampaian Anugerah di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 27 Oktober 2016.
Anugerah Majikan Pilihan mengiktiraf komitmen yang kekal dan berterusan oleh sesebuah organisasi dalam pembangunan sumber manusia.
Organisasi tersebut perlu menunjukkan bukti kukuh penjajaran dan pencapaian strategi sumber manusia; bersama objektif, matlamat dan KPI perniagaan.
Ia juga mesti membuktikan pencapaian dari segi Pengurusan Bakat, Pembangunan Kepimpinan dan Pengurusan Prestasi termasuk polisi, budaya dan sistem kerja pengurusan sumber manusia yang dinamik dan progresif, yang telah ditempatkan untuk menyokong nilai produktiviti dan pendapatan yang tinggi.
Sebuah kriteria lagi adalah organisasi tersebut hendaklah menunjukkan sokongan padu terhadap initiatif pembaharuan strategik Kerajaan dalam pembangunan Sumber Manusia dan pertumbuhan institusi/komuniti Sumber Manusia.
Akhir sekali, bukti tentang applikasi sistem dan teknologi Sumber Manusia yang kukuh dan berterusan mesti ada di dalam organisasi tersebut.
Anugerah Perak diberikan untuk organisasi yang telah mencapai penilaian baik.
Proses penilaian dan pemilihan sebanyak tiga peringkat telah dijalankan di mana peringkat akhir menampilkan lapan ahli panel untuk mempertimbangkan dan memilih pemenang bagi setiap kategori, yang kemudiannya telah dijemput untuk mempersembahkan pencapaian mereka.
Panel ini kemudiannya membuat keputusan secara kolektif.
Anugerah Sumber Manusia Malaysia adalah acara kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM) sejak tahun 1999.
Bertujuan untuk mempertingkatkan taraf dan mengiktiraf kecemerlangan Pengurusan Sumber Manusia, anugerah ini mendapat sokongan padu dan disahkan oleh komuniti sumber manusia, di mana Menteri Sumber Manusia adalah penaungnya.
MIHRM adalah badan utama untuk Pengurusan Sumber Manusia di Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 1976, dan menmpunyai sekutu, gabungan dan pengiktirafan di 95 buah negara.
MIHRM telah melatih dan mengesahkan lebih daripada 20,000 ahli profesional Sumber Manusia.





