Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah membuat satu lawatan hormat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 20 Oktober 2016.
SPRM sangat berpuas hati dengan usaha yang diambil oleh MRT Corp dalam mewujudkan budaya berintegriti dan mengamalkan tadbir urus korporat yang baik untuk Projek ini.
Kenyataan ini telah dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokhtar berkata beliau sangat bangga dengan pengiktirafan yang diberi oleh oleh SPRM berhubung dengan usaha yang telah diambil oleh MRT Corp dalam mengamalkan tadbir urus korporat yang baik semasa pengendalian projek yang bernilai berbilion ringgit.
Shahril menyatakan bahawa “SPRM telah menyambut baik usaha kami dalam membasmi rasuah dalam organisasi kami dan mereka akan terus memberikan sokongan terhadap memastikan tadbir urus korporat yang baik.”
Shahril telah mengetuai delegasi dari MRT Corp yang terdiri daripada Ketua Pegawai Integriti Dato’ Zainal Adam, Pengarah Projek Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, Dato’ Amiruddin Ma’aris dan Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah Dato’ Haris Fadzilah Hassan.
Selain Dzulkifli, delegasi MRT Corp telah berjumpa dengan Pengarah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki; Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Dato’ Mohamad Yusoff Akope; Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Encik Idris Zaharudin; Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi Puan Junipah Wandi dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Encik Ismajuri Ismail.
Antara inisiatif yang MRT Corp menonjolkan adalah penandatangani Ikrar Integriti Korporat pada tahun 2012, penubuhan Unit Integriti pada 2015 yang diketuai oleh Zainal, pegawai SPRM yang dipinjamkan kepada MRT Corp dan juga pentadbiran yang baik untuk proses perolehan yang ditubuhkan untuk Projek MRT.
Sejak penubuhan Unit Integriti, MRT Corp telah memperkenalkan lapan polisi baharu untuk mempertingkatkan nilai integriti iaitu: Polisi Pemberi Maklumat, Polisi Tanpa Hadiah, Polisi Pengisytiharan Harta, Polisi Surat Sokongan, Polisi Derma dan Sumbangan Polisi Tatakelakuan Pembekal, Polisi Antipemalsuan dan Rasuah dan Perjanjian Integriti untuk Vendor.
Pada penghujung lawatan ini, Shahril telah menyampaikan Dzulkifli dengan sebuah plak, memento sebagai tanda penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pegawai-pegawainya.





