Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menyertai Piala Integriti yang diadakan buat julung kalinya.
Piala Integriti merupakan perlawanan bola sepak pertunjukan sebagai tanda bermulanya Liga- E Putrajaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2016. Ia adalah cetusan idea Ketua Pegawai Integriti MRT Corp Dato’ Zainal Adam. Trofi perlawanan pula telah ditaja oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokthar.
Perlawanan tersebut telah berlangsung di Padang Pancarona, Putrajaya pada 26 Februari 2016.
Walaupun pasukan MRT Corp mendahului perlawanan, pasukan lawan, yang dibarisi oleh pemain daripada pelbagai organisasi berbeza yang bekerjasama dengan SPRM, terbukti terlalu kuat dan akhirnya berjaya mengalahkan pasukan MRT Corp dengan keputusan 1-3.
Perlawanan ini telah dibahagikan kepada tiga babak. Babak pertama menyaksikan pertandingan sengit antara kedua-dua pasukan, dengan pasukan MRT Corp menguasai ruang padang sepenuhnya dan tidak memberi peluang kepada pasukan SPRM.
Pasukan MRT Corp telah membuka tirai jaringan dengan menyempurnakan sepakan penalti.
Walau bagaimanapun, pasukan SPRM dengan pantas menyamakan kedudukan melalui satu tendangan percuma yang terpesong masuk.
Babak ketiga dan terakhir menyaksikan pasukan SPRM pula menguasai permainan dan menyempurnakan segala peluang mereka; mereka berjaya menjaringkan dua gol berturut-turut sekali gus meraih kemenangan 3-1.
E-Liga adalah liga untuk penguatkuasa undang-undang dan terdiri daripada pasukan-pasukan dari pelbagai organisasi yang bekerjasama dengan SPRM. Liga tersebut bertindak sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan antara syarikat-syarikat dan para pegawai penguatkuasa dari seluruh Malaysia.
Pengarah Komersil dan Pengurusan Tanah, Dato’ Haris Fadzilah Hassan, yang menyaksikan perlawanan, berkata walaupun MRT Corp tewas, beliau cukup gembira dengan prestasi keseluruhan.
“Dalam dua babak yang pertama, kedua- dua pasukan berada pada tahap yang sama tetapi dalam babak ketiga, pasukan lawan jelas lebih cergas,” katanya.
Walaupun pasukan SPRM memenangi Piala Integriti, para pemain pasukan MRT Corp juga menerima pingat.









