Pada 27 Mac 2019, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganugerahkan Kontraktor Pakej Kerja dan perunding yang telah menjalankan kerja dengan jayanya menurut alur kerja penilaian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) Tahap 2.
Anugerah ini bertujuan untuk menggalakkan pasukan projek, dan juga industri secara amnya untuk menerima pakai reka bentuk dan proses pembinaan yang lebih kolaboratif. Dengan memanfaatkan teknologi BIM dan proses Reka Bentuk dan Pembinaan Maya (Virtual Design and Construction), matlamat projek dapat dipenuhi dengan produktiviti yang meningkat.
Pasukan Penyelarasan Kejuruteraan Digital dan Rekabentuk MRT Corp di bawah Jabatan Perancangan dan Reka Bentuk telah membentuk penilaian menyeluruh berdasarkan kriteria yang komprehensif untuk pemilihan pemenang.
Pengarah Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp Er Poh Seng Tiok telah menyampaikan anugerah kepada para pemenang semasa majlis Persidangan Pembinaan Digital & Automatik dan Hari BIM MRT Corp 2019 yang diadakan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
Aliran kerja BIM telah berjaya ditubuhkan dan dilaksanakan dalam pelaksanaan projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), di mana penggunaan alur kerja BIM telah dimandatkan dalam rekabentuk, pembinaan dan operasi projek agar potensi penjimatan kos dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Pelaksanaan BIM bagi Laluan SSP telah diiktiraf secara meluas, di mana MRT Corp telah menjadi pemaju infrastruktur pertama di Asia untuk mencapai akreditasi dalam menerima pakai BIM Tahap 2, yang diakui oleh Lloyd’s Register.
Pemenang Anugerah Kecemerlangan BIM Tahap 2 MRT Corp 2018
Pemenang Kategori Kontraktor Sivil
MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd
Pemenang Kategori Kontraktor Sistem
Pemenang 01: Najcom – EV Dynamic Joint Venture
Pemenang 02: Colas Rail Consortium
Pemenang Kategori Jururunding
Pemenang 01: AECOM Perunding Sdn Bhd
Pemenang 02: SAA Architects Pte Ltd
Pemenang 03: Arup Jururunding Sdn Bhd







