MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melawat Stesen Muzium Negara pada 10 Oktober 2016.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memperolehi maklumat terkini tentang perkembangan projek MRT.
Ketibaan Nazri telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Dato’ Sri Shahril Mokhtar.
Turut hadir ialah Pengarah Projek Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) MRT Corp Encik Marcus Karakashian, Pengarah Komunikasi Strategik & Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah dan Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Encik Satpal Bhogal.
Selepas taklimat keselamatan ringkas diberi, Marcus telah membawa Nazri untuk sebuah tinjauan mesra stesen Muzium Negara di mana beliau menerangkan ciri-ciri stesen.
Salah satu maklumat yang telah diberikan adalah sebuah lif dari aras ruang legar stesen akan naik terus ke pintu hadapan muzium.
Pengguna MRT juga boleh berjalan ke KL Sentral melalui jejantas pejalan kaki bawah tanah yang menghubungkan stesen MRT dengan KL Sentral.
Nazri berasa gembira dengan pencapaian projek ini dan beliau melihat ia berpotensi untuk meningkatkan pembangunan pengangkutan awam.







