Persidangan tahunan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) MRT Lembah Klang (KVMRT) telah dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Pusat Latihan MRT Lembah Klang, Sungai Buloh pada 2 dan 3 Mei 2019.
“Keselamatan dan Kesihatan dan Masa Depan Pekerja” merupakan tema persidangan bagi edisi 2019 dan para hadirin termasuk kakitangan MRT Corp, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kontraktor Pakej Kerja bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd.
Ketua Kuarters Pekerja, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan (CHESS) MRT Corp, Encik Azhar Sofah menyampaikan ucapan pembukaannya pada hari pertama majlis untuk mengalu-alukan para peserta Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KVMRT pada tahun ini.
Pembentangan pertama pada hari tersebut telah diberikan oleh Tuan Ir Dr Mohd Fairuz Ab Rahman dari JKKP, berdasarkan topik “Dasar Keselamatan dan Kesihatan Negara 2019, Menjamin Masa Depan Pekerja“. Beliau memberikan penjelasan tentang polisi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap OSH melalui pengurusan risiko yang mampan di tempat kerja, dalam melindungi majikan dan pekerja di Malaysia. Ia dilihat sebagai titik perubahan dalam mengubah landskap OSH negara.
Selepas waktu rehat untuk minum pagi, Prof Dr Shamsul Bahri Hj Mohd Tamrin daripada Universiti Putra Malaysia, telah membentangkan tajuk “Peningkatan Ergonomik dalam Tapak Pembinaan – Kajian Kes”. Beliau telah merasionalisasikan bahawa ianya beransur semakin jelas kepada masyarakat kita bahawa sistem dan produk harus dirancang dengan mengambil kira banyak faktor manusia dan persekitaran, agar ianya dapat digunakan dengan selamat dan berkesan, termasuklah juga di dalam industri pembinaan.
Majlis pelancaran adalah agenda seterusnya. Ia dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Abdul Yazid Kassim yang telah memuji Bahagian Piawaian dan Pematuhan MRT Corp atas usaha mereka dalam memperjuangkan keselamatan dalam Projek itu dan secara tidak langsung di dalam industri infrastruktur negara.
Ketua Pengarah JKKP Tuan Ir Haji Omar Mat Piah kemudiannya merasmikan Persidangan OSH KVMRT 2019, diikuti dengan majlis penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan yang telah berlangsung menjelang persidangan ini, bersempena sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Sedunia 2019. Di dalam ucapan beliau, Omar memuji MRT Corp di atas komitmennya dalam menganjurkan akitiviti-aktiviti ini, di mana ia mempamerkan komitmen organisasi dalam memastikan persekitaran kerja, selamat dan sihat.
Persidangan diteruskan selepas makan tengah hari dengan sesi perkongsian maklumat yang diketuai oleh Encik Muhammad Nor Hadi Kasah, Pengurus CHESS MRT Corp di mana anekdot dikongsi oleh orang yang pernah tercedera semasa penglibatan mereka dalam Projek MRT Lembah Klang telah menekankan kepentingan langkah keselamatan dan kesihatan, untuk kesejahteraan pekerja dan majikan.
Puan Nurul Nadia Md Arif daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberikan pembentangan terakhir pada hari pertama persidangan dengan topik “Skim Pulang Ke Kerja, Jaminan Masa Depan Pekerja”. Beliau menjelaskan bahawa skim tersebut adalah sebuah insentif untuk memotivasi dan menggalakkan pekerja dalam mencari penyelesaian dengan matlamat untuk kembali bekerja dengan cepat dan selamat. Beliau menambah bahawa PERKESO menyediakan kemudahan pemulihan fizikal dan vokasional, yang juga termasuk tuntutan jarak tempuh dan perbelanjaan perjalanan.
Hari kedua Persidangan OSH KVMRT 2019 menyaksikan enam peserta membentangkan kertas kerja mengenai keselamatan dan kesihatan. Pembentangan ini merupakan sebahagian daripada pertandingan yang telah dianjurkan dan terbuka kepada semua warga kerja yang terlibat dalam Projek Laluan SSP. Diadakan dari 15 hingga 24 April 2019, pertandingan itu memberi peluang kepada para peserta untuk membentangkan idea asal mereka secara komprehensif. Kertas yang dibentangkan dipilih daripada 14 topik yang diberikan.
Panel hakim untuk pertandingan tersebut adalah Azhar Encik Syahmarul, Penolong Pengurus CHESS MRT Corp dan Encik Steven Gary Walton, Ketua Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar MMC- Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd.
Pemenang tempat pertama jatuh kepada Encik Prashnan A / L Narayanan dari MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dengan kertas bertajuk “Kesihatan Mental dan Cara Mudah untuk Mengurangkan Tekanan Kerja”.
Encik Rosli Ahmad dari MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd memenangi tempat kedua dengan tajuk persembahan “Perancangan Keselamatan dan Kesihatan, Bagaimana Untuk Meningkatkan Proses HIRADC yang sedia ada dalam Projek ” manakala tempat ketiga dimiliki oleh Puan Norazreen Samsuri dari MRT Corp dengan kertas bertajuk “Kesedaran Ergonomik, Peralatan Membantu Pengendalian Manual”.
Peserta-peserta lain yang pulang dengan hadiah saguhati adalah Encik Anto Jos Menachery dari MRT Corp, Encik Khairul Nizam Aris dan Kapten (R) Ibrahim Hamid, kedua-duanya dari Sapura EVD Consortium.
Persidangan berakhir dengan sesi bergambar berkumpulan sebagai tanda kenangan Persidangan OSH KVMRT 2019.













