Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada lawatan Japanese External Trade Organisation (JETRO) ke pejabat MRT Corp pada 9 Mac 2016.
Diiringi oleh penyelaras JETRO Malaysia, Encik Isrami Ismail, 9 individu dari JETRO telah disambut oleh Pengarah Operasi & Pengurusan Aset MRT Corp, Encik Mahmood Abdul Razak dan Pengarah Projek Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) MRT Corp, Dato’ Amiruddin Ma’aris.
Untuk memulakan aturcara, Mahmood telah memberikan pengenalan tentang Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) kepada para hadirin. Beliau menjelaskan bahawa kesemua jejambat telah siap dibina dan juga memberikan maklumat terkini tentang kemajuan projek.
Matlamat utama projek ini juga telah di nyatakan oleh Mahmood sambil berkongsi tentang cabaran yang dihadapi projek ini semenjak bermula pada tahun 2011.
Selepas selesainya ucapan Mahmood, beberepa delegasi daripada JETRO membuat sebuah penyampaian mengenai East-Japan Railway Company (JR-East).
Diketuai oleh Encik Keisuke Kashimura, penyampaian mengenai projek itu berkisar tentang jumlah bilangan penumpang dan juga proses operasi. Salah satu perkara yang dibincangkan adalah kad Suicamereka yang menyamai Touch N Go di Malaysia, boleh digunakan dengan perkhidmatan pembayaran yang lain.
Sebelum mengakhiri lawatan mereka, wakil JETRO telah berkongsi maklumat bersama MRT Corp berkenaaan laluan keretapi mereka. Kemajuan teknologi yang digunakan untuk operasi keretapi adalah agak mengagumkan.
Pemberian cenderamata kecil daripada JETRO sebagai tanda penghargaan kerana melawat pejabat MRT Corp, mengakhiri lawatan.





