SEMBILAN ahli dari Persatuan Ahli Tukang dan Pembina Berdaftar di Hafnarfjordur, Iceland (MIH) membuat lawatan ke tapak pembinaan Stesen MRT Bandar Malaysia Utara pada 30 Januari 2020.
Lawatan mereka ke Malaysia telah dibantu oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia dengan matlamat untuk memperoleh pengetahuan mengenai amalan pembinaan.
Delegasi ini terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, juruwang dan ahli lembaga MIH, yang juga merupakan pemilik syarikat dan mempunyai kerjaya sebagai Kontraktor Tukang Ayan, Kontraktor Bina Rumah, Kontraktor Tukang Kayu Rumah dan Kontraktor Tukang Paip.
Program bermula di Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia, dengan ucapan selamat datang dari Pengurus Kanan Projek Terowong Bawah Tanah Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Yau Kong Fuat diikuti dengan penyampaian tentang gambaran keseluruhan Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Encik Yau turut meliputi tentang terowong, metodologi pembinaan, geologi dan penubuhan tapak, serta jenis Mesin Pengorek Terowong yang digunakan, risiko dan cabaran serta perlindungan struktur dan harta benda.
Sebelum peserta meneruskan lawatan ke platform tinjauan untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik untuk kerja-kerja bawah tanah di tapak, satu taklimat keselamatan telah diberikan oleh Pembantu Pengurus Keselamatan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Encik Norazhar Abdul Rahman.
Lawatan diakhiri dengan gambar berkumpulan MIH bersama pegawai-pegawai MRT Corp yang terlibat.







