SATU tarikh bersejarah bagi Projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 8 Disember 2016, apabila kumpulan pertama bas perantara untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) telah di hantar ke Depoh Bas Sungai Buloh.
Bas perantara MRT dibuat oleh SCANIA dan VOLVO.
Aktiviti pada hari itu telah melibatkan 10 Kapten Bas Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) di mana mereka telah di ambil di Depoh Bas, Sungai Buloh. Mereka kemudiannya dibawa ke kilang bas SCOMI di Rawang.
Di sini, 10 buah bas telah disediakan untuk dipandu kapten bas pulang ke depoh.
Rapid Bus merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk operasi bas perantara MRT.
Apabila sampai di depoh bas, Encik Irwan Baharuddin dari Rapid Bus, telah menjalankan pemeriksaan untuk memastikan bahawa bas-bas berada di dalam keadaan yang sempurna untuk operasi.
10 buah bas ini merupakan kumpulan bas perantara pertama yang telah di hantar ke depoh dan ia akan bertambah dari masa ke semasa. Sebanyak 112 buah bas akan digunakan untuk 26 laluan bagi fasa pertama MRT Laluan SBK.