KUARTERS Pekerja (CLQ) Serdang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Haji Mahfuz Omar pada 6 Febuari 2020.
Dengan kapasiti maksima untuk 4,200 orang penghuni, CLQ Serdang dapat menempatkan pekerja di bawah pakej bertingkat selatan Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).
Ketua Pengarah Jabatan Sumber Manusia, Dato’ Mohd Jeffrey Joakim, Pengarah Eksekutif National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Encik Ayop Salleh, Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Encik Ahmad Zubir Zahid dan Ketua Pengarah Eksekutif MRT Corp, Encik Abdul Yazid Kassim, turut menghadiri majlis tersebut.
Dato’ Haji Mahfuz mengucapkan tahniah kepada MRT Corp kerana telah menyediakan penginapan yang selesa dan selamat bagi pekerja Projek, dan memuji usaha MRT Corp yang telah menetapkan penanda aras dan menjadi pemangkin yang mendorong syarikat-syarikat untuk meningkatkan kualiti tempat penginapan yang disediakan untuk kakitangan dan pekerja mereka.
Beliau kemudiannya dibawa ke sekitar CLQ untuk melihat kemudahan yang telah disediakan kepada pekerja, dan turut mengambil bahagian dalam akitiviti menanam sepohon pokok, yang merupakan sebahagian daripada kerja-kerja landskap CLQ.
DI atas pematuhan kepada Piawaian Malaysia mengenai Kemudahan dan Penginapan Pekerja Tapak Pembinaan Sementara – Kod Amalan (MS2593: 2015), Dato’ Mohd Jeffrey telah menyampaikan MRT Corp dengan Sijil Pematuhan semasa majlis tersebut, yang diterima oleh Encik Abdul Yazid.
Secara keseluruhannya, terdapat 11 CLQ yang dibina di bawah Laluan SSP dengan jumlah kapasiti sebanyak 7,350 penghuni. Tujuh terletak di Serdang, empat di Sungai Buloh dan satu di Cochrane, Kuala Lumpur. CLQ menyediakan perumahan yang selesa dan mudah diakses untuk pekerja dan ini dapat membantu memastikan keselamatan mereka dan mengurangkan isu-isu sosial.









