Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah memenangi Anugerah Pencapaian Khas dalam GIS (SAG) pada tahun ini oleh Esri Inc di atas pelaksanaan Sistem Informasi Geografi (GIS) yang berasaskan “cloud” yang pertama di Asia dengan mengintegrasikan sepenuhnya Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Pemodelan Realiti ke Portal ArcGIS.
Anugerah SAG dari syarikat pemetaan, kecerdasan lokasi dan perisian GIS Amerika Syarikat merupakan salah satu anugerah yang paling didambakan dalam industri GIS di peringkat antarabangsa. Anugerah ini diberikan kepada pengguna Esri di seluruh dunia di atas kerja luar biasa mereka dengan teknologi GIS.
MRT Corp telah dipilih daripada lebih 100,000 organisasi di seluruh dunia untuk kegunaan inovatif teknologi GIS dan BIM dalam industri Senibina, Kejuruteraan & Pembinaan.
Para pemenang Anugerah SAG telah diumumkan di Persidangan Pengguna Esri 2019, dihadiri oleh lebih 19,000 peserta pada 8 Julai 2019 di San Diego Convention Center, United States.
Ribuan pencalonan Anugerah SAG telah dikemukakan oleh pengguna Esri pada setiap tahun dari seluruh dunia. Penyerahan tersebut kemudiannya telah dikaji semula dengan teliti dan dipilih oleh Presiden dan Pengasas Esri, Encik Jack Dangermond.
Portal Web Geospatial Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dikuasakan oleh tekonologi ArcGIS ESRI mengendalikan data kejuruteraan, topografi dan alam sekitar tapak projek untuk membuat keputusan yang lebih bijak, pelaksanaan projek yang lebih baik dan pendedahan risiko yang lebih rendah.
Portal ini membolehkan pasukan projek untuk mendapatkan kembali dan akses data spatial dalam platform berasaskan “cloud” yang mudah digunakan yang telah meningkatkan produktiviti, perkongsian data dan pengambilan semula data antara disiplin kejuruteraan yang berbeza.
Portal tersebut telah memudahkan kerjasama dan perkongsian maklumat geospatial dalam platform “cloud” berpusat. Pasukan projek boleh meneroka dan melayari platform pemetaan dengan mudah; melapisinya dengan data dari disiplin lain.
Ahli pasukan projek boleh melihat, menganalisa dan mengemukakan data di platform ini; meningkatkan produktiviti keseluruhan dan memudahkan perkongsian data antara disiplin, kontraktor dan jabatan.
Projek MRT Laluan SSP telah diiktiraf sebagai peneraju industri untuk pelaksanaan teknologi digital tercanggih seperti BIM Peringkat 2 dan GIS di rantau ini dan sebagai bukti kepada penggunaan teknologi untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kualiti untuk pelaksanaan projek.





