Satu taklimat tentang Projek Mass Rapid Transit telah diadakan untuk Chin Hin Property Development di Wisma Chin Hin, Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 14 April 2019.
Taklimat tersebut adalah sebahagian daripada program “Future Growth of KL Property Hotspot – Sri Petaling” yang dianjurkan oleh Chin Hin Property Development pada 13 dan 14 April 2019.
Penolong Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Ean Yaacob memberi penyampaian tentang gambaran keseluruhan Projek termasuk fakta tentang Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).
Ean berkongsi maklumat tentang jajaran SBK dan SSP, kereta api serta konsep stesen Laluan SSP dan reka bentuk tren. Beliau juga mengemaskini kemajuan pembinaan Laluan SSP.
Stesen Taman Naga Emas menjadi tumpuan taklimat, di mana ia merupakan stesen Laluan SSP yang paling relevan untuk pembangunan hartanah Chin Hin di Sri Petaling, 8th & Stellar. Para hadirin juga diberikan butiran seperti susun atur stesen, jalan masuk dan laluan bas perantara yang dicadangkan.
Taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab di mana para hadirin meminta pengesahan tentang penyiapan pembinaan Laluan SSP dan stesen-stesen pertukaran.





