Pengumuman Trafik
PENUTUPAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG PADA WAKTU MALAM BAGI JALAN SUSUR MASUK KE JALAN SULTAN AZLAN SHAH KE ARAH SUNGAI TIRAM (SUNGAI TIRAM)
2026
2026
Waktu Aktiviti
10.00PM – 5.00AM
Penerangan
Dimaklumkan bahawa penutupan jalan waktu malam secara berkala jangka panjang serta lencongan trafik di Jalan Tun Dr Awang akan dilaksanakan di jalan susur (berhampiran Perkampungan Polis Bayan Indah) bermula 18 Mei 2026 hingga 13 Julai 2026, dari jam 10:00 malam hingga 5:00 pagi, selama 55 hari.
Aktiviti
Menjalankan Kerja-Kerja Pelebaran Jalan Di Kuarters Polis Bayan Lepas
PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG DI JALAN KAMPUNG RELAU DAN JALAN TUN DR AWANG (PICC – SMK SG. NIBONG)
2026
2026
Waktu Aktiviti
8.00AM – 4.00PM
Penerangan
Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala jangka panjang di Jalan Kampung Relau (kedua-dua arah) dan Jalan Tun Dr Awang (kedua-dua arah) akan dilaksanakan dari 14 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026. Tempoh masa penutupan adalah di antara jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang, selama 79 hari.
Aktiviti
Kerja-Kerja Perparitan Dan Pelebaran Jalan.
PENUTUPAN LORONG KIRI SECARA BERKALA DI JALAN LINGKARAN DALAM, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN STESEN MINYAK SHELL)
2026
2026
Waktu Aktiviti
24 jam
Penerangan
Untuk makluman, penutupan lorong kiri secara berkala di Jalan Lingkaran Dalam (berhampiran Stesen Minyak Shell), akan dilaksanakan dari 20 Mei 2026 hingga 20 Julai 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah 24 jam, selama dua (2) bulan
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pelebaran jalan, kerja-kerja pembinaan kerb, kerja-kerja penandaan jalan dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.
PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT DAN BERKALA DI JALAN TEBRAU, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN FELLA DESIGN)
2026
2026
Waktu Aktiviti
24 jam
Penerangan
Untuk makluman, penutupan lorong secara berperingkat dan berkala di Jalan Tebrau (berhampiran Fella Design), akan dilaksanakan dari 18 Mei 2026 hingga 30 September 2026. Tempoh masa kerja adalah 24 jam, selama empat (4) bulan dan tiga belas (13) hari.
Aktiviti
Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja perparitan, kerja-kerja pelebaran jalan, kerja-kerja pembinaan kerb, kerja-kerja penandaan garis jalan serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link
PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA WAKTU MALAM JANGKA PENDEK DI JALAN AKUARIUM (GELUGOR)
2026
2026
Waktu Aktiviti
9.00 am – 5.00 pm
Penerangan
Untuk makluman, pelaksanaan penutupan separa laluan secara berkala jangka pendek di Jalan Akuarium akan dilaksanakan bermula 6 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026, dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi, selama 26 hari.
Aktiviti
Pengalihan Utiliti (TM)
PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA WAKTU MALAM JANGKA PANJANG DI JALAN TUN DR AWANG (KEDUA-DUA ARAH)
2026
2026
Waktu Aktiviti
10.00PM – 5.00AM
Penerangan
Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala jangka panjang pada waktu malam akan dilaksanakan di Jalan Tun Dr. Awang, dari 1 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026. Tempoh masa penutupan adalah di antara jam 10:00 malam hingga 5:00 pagi, selama 31 hari.
Aktiviti
Mengenal Pasti Dan Pengalihan Utiliti
PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG DI JALAN KAMPUNG RELAU (I-AVENUE – SMK SUNGAI NIBONG & DEWAN SUNGAI NIBONG – TADIKA KEMAS)
2026
2026
Waktu Aktiviti
10.00PM – 5.00AM
Penerangan
Untuk makluman, pelaksanaan penutupan separa laluan secara berkala di Jalan Kampung Relau akan dilaksanakan bermula 30 April 2026 hingga 31 Mei 2026, dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi, selama 32 hari.
Aktiviti
Mengenal Pasti Dan Pengalihan Utiliti
PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (JPJ BATU UBAN – USM)
2026
2026
Waktu Aktiviti
10.00PM – 5.00AM
Penerangan
Untuk makluman, pelaksanaan penutupan separa laluan secara berkala di Jalan Sultan Azlan Shah akan dilaksanakan bermula 30 April 2026 hingga 31 Mei 2026, dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi, selama 32 hari.
Aktiviti
Mengenal Pasti Dan Pengalihan Utiliti
PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA WAKTU MALAM JANGKA PANJANG DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (B BRAUN MEDICAL – DYNACRAFT INDUSTRIES)
2026
2026
Waktu Aktiviti
10.00PM – 5.00AM
Penerangan
Untuk makluman, penutupan separa laluan jangka panjang pada waktu malam akan dilaksanakan di Jalan Sultan Azlan Shah, di antara Dynacraft Industries dan Industri B Braun Medical dan di antara Robert Bosch (M) dan Cortex dari 29 April 2026 hingga 30 Jun 2026. Tempoh masa penutupan adalah di antara jam 10:00 malam hingga 5:00 pagi, selama 63 hari.
Aktiviti
Pemotongan Pokok, Perparitan Dan Pelebaran Jalan