ProjectsPengumuman Trafik

Pengumuman Trafik

PENUTUPAN SEPARA LALUAN DALAMAN JANGKA PENDEK WAKTU SIANG DI LEBUHRAYA TUN DR. LIM CHONG EU (BANDAR SRI PINANG)
1 Jun
2026
31 Jul
2026

Waktu Aktiviti
10.00 am – 4.00 pm

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan dalaman secara berkala pada waktu siang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu akan dilaksanakan dari 1 Jun 2026 hingga 31 Julai 2026. Penutupan akan dijalankan antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Aktiviti

Kerja-Kerja Penebangan Pokok


PENUTUPAN SEPARA LORONG JANGKA MASA PANJANG DI GAT JALAN MAGAZINE DAN LEBUH CARNARVON
1 Jun
2026
30 Jun
2026

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan jangka panjang selama 24 jam setiap hari di Gat Jalan Magazine hingga ke Lebuh Carnarvon akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2026 sehingga 30 Jun 2026, selama 30 hari.

Aktiviti

KERJA-KERJA CERUCUK


PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA WAKTU MALAM PANJANG DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (GELUGOR)
1 Jun
2026
31 Jul
2026

Waktu Aktiviti
9.00 am – 5.00 pm

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan dua hala secara berkala pada waktu malam di Jalan Sultan Azlan Shah (menghala ke Bayan Lepas dan Komtar) akan dilaksanakan dari 1 Jun 2026 hingga 31 Julai 2026. Penutupan akan dijalankan antara jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi, selama 55 hari.

Aktiviti

Pengorekan & Pengalihan Utiliti (PBA)


PELAKSANAAN JANGKA PANJANG ALIRAN TRAFIK BEBAS (FREE FLOW) DI PERSIMPANGAN JALAN TENGAH – JALAN SULTAN AZLAN SHAH
16 May
2026
31 Dec
2028

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Dimaklumkan bahawa pelaksanaan aliran trafik bebas (free-flow traffic) akan dijalankan di persimpangan Jalan Tengah – Jalan Sultan Azlan Shah bermula 16 Mei 2026 hingga 31 Disember 2028, selama 960 hari.

Aktiviti

Bored Pile, Pilecap dan Struktur


PENUTUPAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG PADA WAKTU MALAM BAGI JALAN SUSUR MASUK KE JALAN SULTAN AZLAN SHAH KE ARAH SUNGAI TIRAM (SUNGAI TIRAM)
18 May
2026
13 Jul
2026

Waktu Aktiviti
10.00PM – 5.00AM

Penerangan

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan waktu malam secara berkala jangka panjang serta lencongan trafik di Jalan Tun Dr Awang akan dilaksanakan di jalan susur (berhampiran Perkampungan Polis Bayan Indah) bermula 18 Mei 2026 hingga 13 Julai 2026, dari jam 10:00 malam hingga 5:00 pagi, selama 55 hari.

Aktiviti

Menjalankan Kerja-Kerja Pelebaran Jalan Di Kuarters Polis Bayan Lepas


PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG DI JALAN KAMPUNG RELAU DAN JALAN TUN DR AWANG (PICC – SMK SG. NIBONG)
14 May
2026
31 Jul
2026

Waktu Aktiviti
8.00AM – 4.00PM

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala jangka panjang di Jalan Kampung Relau (kedua-dua arah) dan Jalan Tun Dr Awang (kedua-dua arah) akan dilaksanakan dari 14 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026. Tempoh masa penutupan adalah di antara jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang, selama 79 hari.

Aktiviti

Kerja-Kerja Perparitan Dan Pelebaran Jalan.


PENUTUPAN LORONG KIRI SECARA BERKALA DI JALAN LINGKARAN DALAM, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN STESEN MINYAK SHELL)
20 May
2026
20 Jul
2026

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong kiri secara berkala di Jalan Lingkaran Dalam (berhampiran Stesen Minyak Shell), akan dilaksanakan dari 20 Mei 2026 hingga 20 Julai 2026. Tempoh masa kerja-kerja adalah 24 jam, selama dua (2) bulan

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pelebaran jalan, kerja-kerja pembinaan kerb, kerja-kerja penandaan jalan dan kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT DAN BERKALA DI JALAN TEBRAU, JOHOR BAHRU (BERHAMPIRAN FELLA DESIGN)
18 May
2026
30 Sep
2026

Waktu Aktiviti
24 jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berperingkat dan berkala di Jalan Tebrau (berhampiran Fella Design), akan dilaksanakan dari 18 Mei 2026 hingga 30 September 2026. Tempoh masa kerja adalah 24 jam, selama empat (4) bulan dan tiga belas (13) hari.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja perparitan, kerja-kerja pelebaran jalan, kerja-kerja pembinaan kerb, kerja-kerja penandaan garis jalan serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link


PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA WAKTU MALAM JANGKA PENDEK DI JALAN AKUARIUM (GELUGOR)
6 May
2026
31 May
2026

Waktu Aktiviti
9.00 am – 5.00 pm

Penerangan

Untuk makluman, pelaksanaan penutupan separa laluan secara berkala jangka pendek di Jalan Akuarium akan dilaksanakan bermula 6 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026, dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi, selama 26 hari.

Aktiviti

Pengalihan Utiliti (TM)