ProjectsPengumuman Trafik

Pengumuman Trafik

PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PENDEK WAKTU MALAM DI PUSINGAN “U” DI PERSIMPANGAN JALAN MAHSURI (JALAN SULTAN AZLAN SHAH)
5 Dec
2025
31 Dec
2025

Waktu Aktiviti
10.00PM - 5.00AM

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala (jangka pendek) pada waktu malam akan
dilaksanakan di Pusingan “U” di Persimpangan Jalan Mahsuri, berhampiran dengan Lebuhraya Kampung Jawa dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025.

Aktiviti

Kerja-kerja pelebaran jalan dan mengenal pasti utiliti


LANJUTAN PENUTUPAN LORONG KIRI SECARA BERKALA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK, JOHOR BAHRU (ARAH PUSAT BANDAR)
11 Dec
2025
28 Feb
2026

Waktu Aktiviti
10.00 malam – 5.30 pagi

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong kiri secara berkala di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru (arah Pusat Bandar) akan dilanjutkan dari 11 Disember 2025 hingga 28 Februari 2028. Tempoh masa kerja-kerja adalah dari jam 10.00 malam hingga 5.30 pagi, selama dua (2) bulan dan tiga (3) minggu.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja konKrit dan perparitan, kerja-kerja pembinaan dinding penahan, kerja-kerja penyelenggaraan jalan, serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN LALUAN SECARA BERPERINGKAT DI BULATAN JALAN JIM QUEE 1, JOHOR BAHRU
12 Dec
2025
31 Aug
2026

Waktu Aktiviti
24 Jam

Penerangan

Untuk makluman, penutupan laluan secara berperingkat di bulatan Jalan Jim Quee 1, Johor Bahru akan dilaksanakan dari 12 Disember 2025 hingga 31 Ogos 2026. Tempoh masa kerja adalah 24 jam, selama lapan (8) bulan dan tiga (3) minggu.

Aktiviti

Bagi memudahkan kerja-kerja mobilisasi jentera, kerja-kerja pengalihan utiliti, kerja-kerja cerucuk serta kerja-kerja berkaitan projek RTS Link.


PENUTUPAN SEPARA LALUAN WAKTU SIANG DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (DYNACRAFT INDUSTRIES – B.BRAUN MEDICAL)
5 Dec
2025
31 Dec
2025

Waktu Aktiviti
9.00am - 5pm

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala (jangka pendek) pada waktu malam akan
dilaksanakan di Jalan Sultan Azlan Shah, di antara Dynacraft Industries dan B.Braun Medical
dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025.

Aktiviti

Perparitan Dan Pelebaran Jalan


PENUTUPAN SEPARA LALUAN WAKTU MALAM DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (DYNACRAFT INDUSTRIES – B.BRAUN MEDICAL)
5 Dec
2025
31 Dec
2025

Waktu Aktiviti
10.00 PM - 5.00 AM

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala (jangka pendek) pada waktu malam akan
dilaksanakan di Jalan Sultan Azlan Shah, di antara Dynacraft Industries dan Industri B.Braun Medical
dari 5 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025

Aktiviti

Kerja-kerja penebangan pokok, perparitan, pelebaran jalan dan mengenal pasti
utiliti


SHORT-TERM INTERMITTENT PARTIAL NIGHT LANE CLOSURES ALONG JALAN SULTAN AZLAN SHAH (DYNACRAFT INDUSTRIES – B.BRAUN MEDICAL)
5 Dec
2025
31 Dec
2025

Waktu Aktiviti
10.00 PM - 5.00 AM

Penerangan

Short-term intermittent partial lane closure at night will be implemented along Jalan Sultan Azlan Shah, between Dynacraft Industries and B.Braun Medical, from 5 December 2025 to 31 December 2025.

Aktiviti

Tree Removal, Drainage Relocation, Road Widening Works And Utility Detection.


PENUTUPAN SEPARA LALUAN SECARA BERKALA JANGKA PANJANG WAKTU MALAM DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (SUNNY POINT JUNCTION – USM FIELD)
3 Dec
2025
31 Jan
2026

Waktu Aktiviti
10.00 pm – 5.00 am

Penerangan

Untuk makluman, penutupan separa laluan secara berkala jangka panjang waktu malam di Jalan Sultan Azlan Shah akan dilaksanakan dari 3 Disember 2025 hingga 31 Januari 2026. Tempoh masa penutupan adalah di antara 10:00 malam hingga 5:00 pagi.

Aktiviti

Kerja-kerja penebangan pokok


PENUTUPAN SEPARA LALUAN JANGKA PENDEK WAKTU MALAM DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH (GELUGOR)
2 Dec
2025
5 Dec
2025

Waktu Aktiviti
10.00 pm – 5.00 am

Penerangan

Kerja-kerja pemotongan pokok.

Aktiviti

Untuk makluman, penutupan separa laluan jangka pendek waktu malam di Jalan Sultan Azlan Shah (berhampiran Gelugor) akan dilaksanakan dari 2 Disember 2025 hingga 5 Disember 2025. Tempoh masa penutupan adalah di antara jam 10:00 malam hingga 5:00 pagi.


PENUTUPAN SEPARA LORONG SECARA BERKALA JANGKA PANJANG DI JALAN TENGAH.
28 Nov
2025
31 Jan
2026

Waktu Aktiviti
9.00 am – 5.00 pm

Penerangan

Untuk makluman, penutupan lorong secara berkala jangka panjang akan dilaksanakan di Jalan Tengah, di antara Apartment Jalan Tengah dan Balai Bomba Bayan Baru dari 28 November 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Aktiviti

Kerja pelebaran jalan dan pengalihan longkang