Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada delegasi-delegasi Persidangan Smart Cities yang telah melawat depoh Sungai Buloh pada 10 September 2015.
Depoh MRT Corp merupakan salah satu lokasi untuk lawatan teknikal persidangan itu.
Delegasi yang hadir terdiri daripada 15 orang dari Thailand, Jepun dan Malaysia dan kebanyakkan mereka adalah pentadbir awam , perancang bandar dan jurutera.
Lawatan ini bermula di Pusat Latihan KVMRT yang berlokasi di sebelah depoh Sungai Buloh di Sungai Buloh, dimana pengenalan kepada Projek MRT telah diberi kepada delegasi oleh Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Encik Leong Shen-Li.
Selain daripada maklumat tentang struktur projek dan kedua-dua jajaran yang kini dilaksanakan oleh MRT Corp – Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dan Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya, Leong juga berkongsi maklumat terkini berkenaan kemajuan pembinaan.
Selepas taklimat Leong, Pengarah Sistem Elektrikal dan Mekanikal Encik Tarenjit Singh Khella (atau dikenali sebagai Tom) mengambil alih dan mengetuai delegasi ke depoh. Taklimat keselamatan diberi oleh Pengurus Keselamatan dan Operasi MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Encik Johari Yusoff, yang juga mengetuai tinjauan mesra di depoh.
Sepanjang lawatan tersebut, kedua-dua Tom dan Johari telah menjawab soalan –soalan daripada delegasi.
Kemuncak lawatan ini adalah apabila delegasi dibawa masuk ke dalam salah satu daripada kereta api MRT yang sudah siap dibina. Sementara Tom menerangkan tentang ciri-ciri kereta api, delegasi-delegasi telah mencuba kerusi untuk diduduki dan mengambil masa untuk melihat pelbagai ciri-ciri kereta api itu.
Selesainya lawatan, para delegasi kembali ke pusat latihan dimana mereka memulangkan pakaian keselamatan sebelum menuju ke tapak lokasi lawatan teknikal yang seterusnya.















