HARI Ceria Bersama MRT Corp yang kedua dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan rakan pelaksana projeknya, MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd, telah diadakan pada 26 September 2017 di Pusat Informasi MRT Seri Kembangan.
Seramai 9 kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun dari Orange Montessori Kindergarten House telah menyertai acara ini termasuk dua kanak-kanak autistik.
Acara ini bertujuan untuk mendidik komuniti sekitar kawasan Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) tentang Projek MRT.
Acara bermula dengan tayangan video Laluan SSP diikuti dengan kata-kata aluan oleh Puan Fizliyana Hilda Fahrurrazi, Pengurus Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan, MRT Corp.
Kanak-kanak ini kemudiannya menyertai pertandingan mewarna di mana mereka diberikan satu jam untuk menyiapkan tugas ini. Tiga penyertaan terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
Aktiviti bersambung dengan pertandingan menyelesaikan teka-teki di mana kanak-kanak ini membentuk pasukan untuk melengkapkan ia. Kesemua pemenang menerima hadiah dan sijil penyertaan daripada MRT Corp.
Para pemenang pertandingan mewarna adalah:
Pertama: Ahmad Nur Rahmanrizqi bin Hairul Rizal
Kedua: Muhammad Adam Bazheel bin Muhammad Bukhari
Ketiga: Arissa Shariza binti Sharizal
Pemenang-pemenang peraduan menyelesaikan teka-teki ialah:
Pertama: Ahmad Nur Rahmanrizqi bin Hairul Rizal, Arissa Shariza binti Sharizal and Ilham Hadeef bin Rafna Farin
Kedua: Muhammad Adam Bazheel bin Muhammad Bukhari, Zhafran Adyanshah bin Shahrul Affendy, Imaan Izzat bin Azmeer Ariff and Aryan Ariff bin Azmeer Ariff
Ketiga: Ashraf Khalamudeen bin Abdullah and Muhammad Aryan Saeed bin Amruamir
Sementara kegiatan pertandingan ini berlangsung, Pegawai-pewagai Informasi menjalankan aktiviti kuiz untuk menggalakkan penyertaan daripada ibubapa. Soalan-soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan laluan-laluan Sungai Buloh-Kajang dan SSP.
Salah satu daripada guru tadika, Cik Dhanaletchumy A/P Elliah berkata,”Kanaka-kanak menikmati aktiviti yang dijalankan di sini dan saya sangat gembira dengan komitmen dan penyertaan yang diberi oleh ibubapa dalam menyokong acara ini.”
Dia juga berterima kasih kepada MRT Corp kerana memberikan peluang kepada kanak-kanak keperluan khas untuk melibatkan diri dalam acara ini.











