PENJELASAN berkenaan dengan peranan aset dan operator untuk Laluan MRT yang akan datang telah diberikan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) kepada media.
Perbezaan ini telah dihuraikan semasa sesi taklimat bertajuk ‘Project Readiness & Operator’ oleh Pengarah Operasi dan Pengurusan Aset MRT Corp Encik Mahmood Abdul Razak pada 21 Julai 2016.
Mahmood bermula dengan berkongsi kemajuan terkini projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) secara ringkas dan menekankan bahawa kerja-kerja pembinaan di adalah 86.25% siap. Antara kerja-kerja bertingkat yang telah siap adalah jejambat bertingkat dan landasan keretapi bagi seksyen jejambat. Kerja-kerja struktur awam bagi seskyen bertingkat sudah siap kecuali di Stesen Kajang.
Kesemua 24 keretapi yang diperlukan untuk Fasa Pertama operasi telah dihantar ke Depoh MRT Sungai Buloh. Sesi pengujian sedang dijalankan untuk semua sistem dan tarikh sasaran untuk operasi percubaan adalah 1 Oktober 2016.
Di bawah perjanjian, Rapid Rail telah dilantik sebagai operator untuk 10 tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya untuk 5 tahun lagi. MRT Corp akan terus menjadi pemilik aset.
Mahmood menerangkan bahawa Rapid Rail akan menguruskan operasi MRT dan mengutip tambang manakala MRT Corp pula akan mengekalkan pendapatan bukan tambang. Antaranya ialah, pendapatan menerusan pengiklanan dan sewaan ruang niaga.
Berkenaan dengan kadar tambang MRT, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menentukannya. Di samping itu, Prasarana Malaysia Berhad akan bertanggungjawab untuk bas pengantara yang akan menyediakan sambungan pertama dan terakhir kepada pengguna MRT.
Tanggungjawab untuk mempromosikan penggunaan MRT akan diuruskan oleh Rapid Rail manakala MRT Corp akan terus mereka bentuk dan membina jajaran untuk Projek MRT yang akan datang.
Untuk menamatkan atucara hari itu, satu sesi soal tanya telah berlangsung dimana pihak media telah mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Projek MRT.
Makanan ringan kemudiannya dihidang untuk para hadirin.





