KERJA-KERJA membaik pulih mesin pengorek terowong (TBM) pertama yang akan digunakan untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) telah selesai menjalani Ujian Penerimaan Kilang di Pusing, Perak pada 11 Ogos 2016.
Para media bersama kakitangan dari Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) selaku Kontraktor Kerja Bawah Tanah Laluan SSP telah melakukan perjalanan ke kilang pembaikpulihan TBM di Waiko Engineering Sdn Bhd untuk menyaksikan kejadian ini.
Kerja-kerja pembaikpulihan ini merupakan yang pertama di Malaysia, selepas penggunaan Mesin Pengorek Variable Density yang pertama di dunia semasa pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).
Setibanya di lokasi tersebut, Pengarah Terowong Bawah Tanah MRT Corp Mr Blaise Pearce telah memperkenalkan tentang tugas TBM dalam pembinaan Laluan SSP. Mesin ini akan digunakan khas untuk kerja-kerja terowong dan bawah tanah bagi projek tersebut.
MGKT akan membelanjakan RM 100 juta untuk membaikpulih lapan TBM.
Pembaikpulihan TBM ini akan menjimatkan sejumlah RM 460 juta daripada kos keseluruhan Projek MRT.
Pelawat kemudiannya telah dibawa untuk satu tinjauan mesra kilang tersebut. Kilang pembaikpulihan TBM Waiko Engineering ini telah dibina pada tahun 2015 dan merupakan sebagai salah satu inisiatif Program Offset Projek MRT. Progam ini menyediakan platformbagi pembangunan teknologi tinggi di Malaysia melalui kerjasama dengan kontraktor-kontraktor atau pembekal asing. Malah, kilang ini merupakan sesatunya kilang seperti ini di Asia.
Setibanya di kawasan TBM dipamerkan, Blaise menerangkan tentang ciri-ciri TBM di baikpulihkan. Jurutera-jurutera kanan MGKT yang terlibat telah berada di bawah penyeliaan pakar-pakar dari Herrenknecht AG, Jerman, yang menyumbangkan kepakaran untuk pemindahan teknologi.
Bagi proses pembaikpulihan, 70% daripada komponen-komponen yang digunakan adalah buatan tempatan dan hampir RM 50 juta digunakan untuk memperolehi komponen tambahan.
Demonstrasi lain berkenaan dengan kerja-kerja membaiki komponen turut dipersembahkan seperti pembaikpulihan middle shield dan segment erector.
Lawatan ini berakhir dengan sebuah sidang media dianjurkan dan makan tengahari dihidangkan kepada kesemua hadirin.







