PARA PEGAWAI dari Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) melawat Projek MRT dan menaiki tren MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) pada 25 Julai 2017.
Enam pegawai yang hadir termasuk Presiden POKB Dato’ Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Datuk Abdul Malik Abdullah memulakan lawatan mereka dari Stesen MRT Kajang.
Objektif lawatan ini adalah untuk mencuba kemudahan yang disediakan di MRT bagi komuniti OKU (orang kurang upaya) di sekitar stesen serta di dalam keretapi.
Seorang ahli jawatankuasa POKB Encik Zakri Kamaruddin yang juga merupakan seorang OKU dan telah mencuba kemudahan yang disediakan.
POKB telah mewujudkan Unit OKU di dalam organisasinya untuk memperkasakan kepentingan peranan OKU di dalam sistem, komuniti dan persekitaraan.
Visi dan misi mereka adalah untuk mengintegrasikan platform sosial dalam memperkasakan OKU dan bukan OKU untuk menyokong pembentukan sebuah negara yang inklusif.
Di dalam keretaapi MRT, para pegawai juga berpeluang untuk menambahkan pemahaman mengenai ciri-ciri menarik di sepanjang Laluan SBK dan juga tentang keretaapi MRT itu sendiri.
Setelah tiba di Stesen MRT Sungai Buloh, para pegawai mengambil gambar untuk memperingati hari itu dan mengakhiri lawatan tersebut.





