Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (Sdn Bhd) telah menjadi tuan rumah kepada 20 ahli daripada Penaja Persatuan Promosi Pelancongan & Kebudayaan Sungai Buloh pada 19 Ogos 2016 ke Pusat Informasi MRT, Damansara Utama.
Lawatan ini telah diketuai oleh Setiausaha Penaja Persatuan Promosi Pelancongan & Kebudayaan Sungai Buloh Encik Choo Yean Thiam. Ahli-ahli dari organisasi ini sangat tertarik dengan Projek MRT keranan ia berpotensi untuk menarik minat terhadap kawasan Sungai Buloh selepas Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) siap dibina.
Lawatan ini telah bermula pada pukul 10.15 pagi dengan sesi pengenalan Projek MRT oleh Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Encik Leong Shen-Li.
Ketika sesi maklumat, selain daripada maklumat Projek, pandangan lanjut tentang Stesen MRT yang terletak di kawasan Sungai Buloh telah dikongsi. Encik Leong menjelaskan ciri-ciri stesen ini dan bagaimana ia dapat diintegrasikan dengan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) yang akan datang dan juga perkhidmatan KTM Komuter.
Perkhidmatan bas pengantara untuk pengguna dan laluan pejalan kaki yang akan memastikan penghubung sambungan terakhir untuk ke stesen turut diterangkan.
Para hadirin tertarik dengan projek ini dan mereka telah mengajukan pelbagai soalan untuk mendapatkan maklumat terperinci.
Lawatan berakhir dengan hidangan ringan.







