JEJAMBAT penghubung pejalan kaki bertingkat di antara MRT Taman Mutiara bagi MRT Laluan Sungai-Buloh Kajang (SBK) dan Cheras Leisure Mall kini dibuka.
Pembukaan penghubung sepanjang 65m tersebut ditandai dengan sebuah majlis pada hari Jumaat, 26 Januari 2018.
Pautan itu dibuka oleh Pengarah Urusan Kumpulan PBB Encik Lim Soon Huat dan Ketua Pegawai Operasi Encik Chew Hwei Yeow. Kumpulan PBB adalah pemilik pusat membeli-belah tersebut.
Mewakili Rapid Rail Sdn Bhd pada majlis itu ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Muhammad Isom Azis manakala Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan, Encik Leong Shen-li mewakili Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd.
Turut hadir adalah selebriti Cik Amber Chia dan Cik Nina Kho, DJ radio Encik Liang Kim Loong dan personaliti media sosial yang berpengaruh Baby Akiyo.
Sewaktu majlis tersebut, Kumpulan PBB juga telah membuka seksyen terbaru di pusat membeli belah tersebut yang menawarkan makanan dan minuman baru serta kedai runcit lain.
Jejambat penghubung pejalan kaki tersebut menghubungkan Pintu B dari Stesen Taman Mutiara. Ia sepenuhnya berhawa dingin dan direka untuk akses sejagat.









