Sebanyak tujuh subkontrak untuk pembinaan projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bernilai RM 2,413,050.80 telah dianugerahkan kepada satu kontraktor Bumiputera G1, lima G2 dan satu G3 semasa cabutan undian bumiputera ke-23 bagi Laluan SSP.
Acara cabutan undi telah diadakan pada 12 September 2019 di Ibu Pejabat Korporat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd di Bukit Damansara dan dihadiri oleh wakil-wakil Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF), Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) serta MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.
Cabutan pertama yang juga satu-satunya subkontrak kelas G1 bagi sesi cabutan undian ini, bagi membekalkan dan memasang penghadang jalan GI di jejambat dan stesen Serdang Raya telah dianugerahkan kepada Nar Five Enterprise, dengan kontrak bernilai RM 66,979.00.
Permata Bacris Holdings Sdn Bhd telah dianugerahkan subkontrak kedua dan yang pertama antara lima untuk Kelas G2, untuk membekalkan pekerja bagi kerja-kerja pembersihan di Kuarters Pekerja (CLQ) Serdang. Kontrak tersebut bernilai RM 222,750.00.
Subkontrak ketiga, untuk membekalkan dan memasang penghadang jalan dan susur tangan pada jejambat V205, telah dianugerahkan kepada Alaf Buildtech Sdn Bhd, dengan kontrak bernilai RM 399,228.00.
Global Hana Construction Sdn Bhd telah dianugerahkan subkontrak keempat, untuk membekalkan dan memasang penghalang konkrit permukaan tunggal pada jejambat V209. Kontrak tersebut bernilai RM 472,885.60.
Subkontrak kelima, untuk pencahayaan kawasan di Stesen Putrajaya Sentral dan Cyberjaya City Centre dan Sistem CCTV di CLQ telah dianugerahkan kepada Jati Emas Electrical, dengan kontrak bernilai RM 410,806.00.
Nelam Enterprise telah dianugerahkan subkontraktor G2 kelima untuk rawatan pembetungan dan sistem saliran utama di Putrajaya Sentral dan Stesen Cyberjaya City Centre. Kontrak tersebut bernilai 329,584.20.
Subkontrak terakhir yang juga satu-satunya subkontrak kelas G3 pada hari itu telah dianugerahkan kepada Mofay Enterprise untuk membekal dan memasang penghadang jalan GI di jejambat Serdang Raya dan stesen.





