Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) muncul sebagai salah satu daripada lima pemenang Anugerah Perak di Anugerah Kecemerlangan Majikan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) 2019 pada 8 Oktober 2019.
Anugerah Kecemerlangan Majikan MEF mengiktiraf para penerima di atas pematuhan mereka terhadap Akta Pekerja Malaysia serta faedah tambahan yang diberikan kepada pekerja mereka.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia YB M. Kulasegaran semasa Ulang Tahun Ke-60 MEF yang diadakan di Hotel dan Pusat Persidangan Holiday Villa Subang.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Encik Abdul Yazid Kassim telah menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat.
Ahli-ahli Persekutuan Majikan Malaysia, termasuk MRT Corp telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Kecemerlangan Majikan MEF dengan mengemukakan syarikat untuk dinilai oleh para pakar industri dan profesional melalui penilaian komprehensif yang berdaya saing.
Di samping penganugerahan itu, sebuah program khusus yang disesuaikan untuk setiap organisasi yang mengambil bahagian akan disediakan hasil daripada penilaian yang dijalankan, membolehkan syarikat-syarikat tersebut membangunkan penyelesaian berorientasikan tindakan yang unik dan bersesuaian.





