MRT Corp baru-baru ini telah meraikan Hari Kualiti Sedunia 2022 pada 10 November 2022 di Pusat Latihan KVMRT di Sungai Buloh, untuk kali keempat semenjak permulaannya. Acara itu dianjurkan untuk menggalakkan pekerja yang terlibat dalam penyampaian Projek MRT Lembah Klang dan Projek RTS Link untuk mengambil bahagian dalam program kualiti, dan untuk meningkatkan pelaksanaan amalan kualiti yang baik dalam pembinaan projek.
Sambutan Hari Kualiti ini merupakan sumbangan MRT Corp terhadap sambutan tahunan Hari Kualiti Sedunia oleh Chartered Quality Institute, dengan tema tahun ini, “Nurani Berkualiti, Lakukan Perkara yang Betul” (Quality Conscience: Do the Right Thing).
Acara ini telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat YBrs. Sr. Mohd Zaid Zakaria, Timbalan Ketua Eksekutif II CIDB Malaysia, bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim yang turut hadir.
Sr. Mohd Zaid, diiringi Datuk Mohd Zarif telah juga menyampaikan sijil-sijil Amalan Kualiti Projek kepada para penerima yang mewakili 21 Kontraktor Pakej Kerja (WPC) dan subkontraktor, yang telah diberikan pengiktirafan tersebut berikutan kerja yang telah mereka lakukan bagi Projek MRT Laluan Putrajaya.
Satu siri pembentangan telah dianjurkan bagi acara ini, bermula dengan Encik Bassam Mansour, Pengarah Sistem di Institusi Jurutera Awam (ICE) dengan pembentangannya bertajuk “Jaminan Kualiti dalam Industri Kereta Api: Kepentingannya, trend semasa dan mengapa ia penting?”. (Quality Assurance in the Railway Industry: Its importance, current trends and why it matters?”.)
The final presentation was by Professor Dato’ Dr. Khairanum Subari, the Deputy President at Universiti Kuala Lumpur with 34 years of experience in Quality Engineering under her belt, with the title “Quality Conscious vs Conscience, what is the difference?”.
Penceramah kedua adalah Ir. Dr. Haji Ahmad Shukri Abd Rashid dari Jabatan Kerja Raya yang telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Menjaga Prestasi Kualiti” (Maintaining Quality Performance). Ir. Dr Haji Ahmad Shukri pernah bertugas di bawah Projek MRT Laluan Kajang, di mana beliau terlibat dalam kerja-kerja bawah tanah.
Sebuah majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Video Kesedaran Kualiti telah juga diadakan. Menjelang sambutan Hari Kualiti, pertandiangan ini telah dianjurkan sebelum hari acara. Pertandingan ini terbuka kepada semua pekerja yang terlibat dalam Projek MRT Lembah Klang dan Projek RTS Link, yang dianjurkan untuk menggalakkan dan mempromosi kualiti dalam organisasi. Sebanyak 15 penyertaan telah diterima, dan di dalam majlis tersebut lima finalis ini telah membentangkan hasil video mereka untuk memenangi hadiah utama.
A panel of 4 judges from reputable organisations assessed and judged the finalists. However, the final score for the presenters do not rest on the judges solely. At the end of the five presentations, participants in the Quality Day event were invited to vote via online, contributing 60% of the score with the remaining 40% by the panel of judges.
Panel hakim yang terdiri daripada empat orang individu dari organisasi terkemuka telah menilai dan mengadili para finalis. Walau bagaimanapun, markah akhir para finalis tidak terletak pada hakim semata-mata. Pada akhir lima pembentangan, para peserta majlis Hari Kualiti telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam pemarkahan lima finalis secara dalam talian., menyumbangkan 60% markah manakala baki 40% adalah oleh panel hakim.
Para hakim adalah seperti berikut:
- Encik Mohd Faizal Abdul Hamid
Pengurus Besar di Bahagian Pematuhan CIDB Malaysia
- Prof. Dato Dr Khairanum Subari
Timbalan Presiden di Universiti Kuala Lumpur
- Mr. Kumaravelan Mayavan
Pengurus Kanan QAQC MMC-Gamuda KVMRT (Tunneling) Sdn Bhd
- Ms. Kwan Siew Lei
Pengurus Kanan, Sistem Pengurusan Bersepadu & Pengetahuan Operasi, MRT Corp
Para pemenangnya adalah:
| Tempat | Nama | Tajuk Video | Jabatan/ Syarikat |
| 1. | Ezzat Afiq Md Zubir Ansori | Johnny does the right thing | MRT Corp Planning & Design, PY Line |
| 2. |
Muhammad Ali Bin Ahmad Seburi, Aniq Amirul Bin M Arif (Team AliTuber) |
Alkisah Di Tempat Kerja | MRT Corp AOMD |
| 3. |
Mohamed Hanafi Bin Mohamed Desa Mohd Hafizi Bin Surani Abdul Hakim Bin Khairul Afandi Nuriman Bin Che Yahaya Mohd Amizi Md Shah |
The Do’s and Don’ts: Quality Conscience in SSP KVMRT Project | MGJV SI and T&C Department |
| 4. | Norfazliana Binti Azmi | Doing the right thing: The importance of the “Method of Statement” | Khairi Consult Sdn. Bhd. |
| 5. | Anwar bin Mohd Ismail | From Build to Use | Planning Department MMC-Gamuda (T) |
Majlis ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para peserta, di mana mereka telah menimba ilmu lanjut tentang amalan kualiti dan kepentingannya dalam sesebuah organisasi













