SEBAGAI agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memastikan keupayaan usahawan-usahawan Bumiputera dipertingkatkan dari masa ke semasa, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Simposium Kontraktor dan Usahawan Bahan Binaan Bumiputera 2015.
Simposium ini telah berlangsung pada 3-4 November 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Matlamat utama simposium ini adalah untuk melahirkan lebih ramai kontraktor dan bahan binaan daripada usahawan-usahawan Bumiputera. Ini juga akan menggalakkan mereka bersaing di antara satu sama lain dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Ini adalah selaras dengan Teras ke-4 Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) iaitu memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan Bumiputera.
PEB adalah Agenda Negara yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada September 2013.
MRT Corp telah menyertai simposium ini sebagai entiti kerajaan yang memberi peluang pekerjaan kepada usahawan dan organisasi Bumiputera.
Encik Zarif Zainul, Timbalan Pengurus Besar MRT Corp, Hal Ehwal Bumiputera,telah menyampaikan perbentangan tentang peluang kontrak yang diperuntukkan khas untuk kontraktor Bumiputera yang disediakan oleh projek MRT Corp melalui projek Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP).
Maklumat ringkas tentang rancangan projek Laluan SSP telah dipersembahkan kepada hadirin dan turut dibentangkan, adalah apa yang akan dijangkakan daripada kontraktor Bumiputera yang berpotensi.
Senarai pakej yang diperuntukkan untuk Kontraktor Bumiputera telah dikongsi dengan pendedahan jumlah angka dan pembayaran yang sebenar untuk setiap pakej.





