Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengadakan Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina pada 13 Februari 2014 di Pusat Komuniti Damansara Heights di Kuala Lumpur. Kira-kira 700 tetamu menghadiri rumah terbuka itu yang diadakan dari jam 12.00 tengah hari ke 4.00 petang.
Semasa sambutan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian singa. Tetamu juga mengambil bahagian dalam ‘yee sang prosperity toss’ yang menjadi tradisi Sambutan Tahun Baru Cina.
Selain pihak pengurusan dan staf MRT Corp, turut hadir adalah wakil-wakil daripada Rakan Pelaksana Projek MRT MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, Kontraktor Pakej Kerja dan pihak-pihak lain dalam projek.
Kemeriahan sambutan juga dikongsi bersama 15 orang kanak-kanak dan dewasa kurang bernasib baik daripada Pertubuhan Penganut Bodhiksetra Vihara di Cheras. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Haris Fadzilah Hassan menyampaikan sumbangan bernilai RM2,000 kepada rumah tersebut dan memberikan duit ang pow kepada individu-individu rumah tersebut.













