Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada sebelas individu dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ke Projek MRT pada 3 November 2016. Mereka adalah dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada pemperolehan maklumat tentang Stesen Bandar Malaysia yang akan dibina di bawah MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP). Pangkalan Udara Kuala Lumpur akan dirobohkan dengan pembinaan stesen-stesen Bandar Malaysia.
Dua stesen MRT akan dibina iaitu Bandar Malaysia North dan Bandar Malaysia South di kawasan ini.
Pengurus Kanan Projek MRT Corp, Encik Alex Terry telah mengalu-alukan kedatangan MINDEF ke pejabat Projek MRT di Pusat Komersial Southgate dan menyampaikan taklimat tentang kerja-kerja stesen bawah tanah dan struktur yang berkaitan.
Beliau menerangkan tentang kerja-kerja terowong dan cabaran yang telah dihadapi sebelum ini untuk Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).
Antara perkara yang disebut adalah Mesin Pengorek Terowong (TBM) yang telah digunakan untuk Laluan SBK akan digunakan semula untuk Laluan SSP. Mesin ini telah di baik pulihkan di Pusing, Perak di mana ia dapat menjimatkan sejumlah wang yang banyak.
Maklumat mendalam tentang stesen-stesen Bandar Malaysia yang akan datang telah juga dibentangkan seperti bagaimana ia akan dapat menghubungkan stesen MRT dengan HSR yang akan datang.
Selepas selesai penyampaian Alex, para jurutera telah menaiki bas ke Stesen Tun Razak Exchange (TRX).
Sejurus tiba di stesen, Penguasa Tapak Stesen TRX MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Encik Muhammad Omaraju telah memberikan sebuah taklimat keselamatan.
Alex kemudiannya telah mengetuai para hadirin untuk tinjauan mesra stesen. Beliau telah disertai oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Pihak Berkepentingan Dato’ Najmuddin Abdullah, Pengarah Kerja-Kerja Bawah Tanah MRT Corp Encik Blaise Pearce dan Pengurus Projek Stesen TRX Encik Noorsam Kasar.
Mereka telah menjawab soalan-soalan yang telah ditujukan tentang Projek MRT semasa tinjauan mesra tersebut. Knock out panel yang akan menghubungkan Stesen TRX dengan pembangunan Projek 1MDB menarik perhatian mereka.
Lawatan ini telah berakhir selepas satu jam dan mereka menaiki bas untuk pulang ke Pusat Komersial Southgate.







