Pameran Memacu Agenda Bumiputera 2017 yang telah diadakan baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 18 April 2017 – 19 April 2017 menyaksikan penyertaan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam pameran ini sebagai sebahagian daripada Agenda Bumiputera yang telah dipacu oleh organisasi ini.
Semasa pameran ini, Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Hala tuju ini merupakan program dimensi strategik bagi syarikat dan individu Bumiputera dalam usaha untuk mengukuhkan penyertaan ekonomi masyarakat. Hala tuju ini adalah penting memandangkan 68.6% individu di Malaysia terdiri daripada rakyat Bumiputera.
Dalam ucapan beliau sebelum pelancaran, Najib menekankan inisiatif “Carve Out & Compete” di mana sekurang-kurangnya 40% hingga 50% nilai kontrak, penjual atau peluang perniagaan dalam projek mega akan diberikan kepada syarikat Bumiputera.
MRT Corp telah dikenalpasti sebagai projek yang berjaya melihat kepada 51% kontrak pakej kerja bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera. Selain itu, organisasi ini telah menetapkan contoh yang baik dengan menganugerahkan sebanyak 50% ruang niaga di stesen Laluan SBK kepada sembilan syarikat Bumiputera.
MRT Corp turut meletakkan Trak Informasi di kawasan yang strategik di dalam dewan pameran untuk pelawat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang projek dan juga penyertaan Bumiputera. Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan Ketua Pegawai Kewangan Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid sempat melawat trak dan disambut mesra oleh individu dari Program Keusahawanan Muda MRT II yang turut hadir ke pameran itu.







