Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn Bhd telah menganjurkan sesi lawatan untuk beberapa organisasi media ke tapak Stesen MRT Phileo Damansara pada 17 Disember 2015. Lawatan ini adalah antara usaha MRT Corp untuk sentiasa menyediakan maklumat berkenaan kemajuan Projek Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) kepada orang awam.
Kumpulan ini, yang merangkumi 6 orang wartawan dan jurugambar daripada Oriental Daily, New Straits Times dan The Malaysian Insider, telah dibawa ke stesen untuk membuat tinjauan dan menyaksikan bagaimana Projek ini telah berkembang dari segi pembinaan dan sistem.
Encik Marcus Karakashian, Pengarah Projek MRT Laluan SBK, telah mengetuai para delegasi dengan menunjukkan bahagian-bahagian stesen yang berlainan dan memberikan penerangan mengenai reka bentuk dan fungsi-fungsi stesen. Marcus juga telah membawa delegasi untuk berjalan menyeberangi jambatan yang menyambungkan stesen dengan Phileo Damansara.
Marcus juga telah berkongsi maklumat terkini mengenai perkembangan Projek dari segi pembinaan dan kerja-kerja sistem, kepada para media.
Turut hadir dalam lawatan adalah Encik Adil Ahmad, Timbalan Pengarah Pembinaan untuk Rakan Pelaksanaan Projek, KVMRT Laluan SBK.





