SATU majlis berbuka puasa untuk media telah diadakan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Hotel One World, Bandar Utama, pada 29 Julai 2013.
Dalam menghayati nilai-nilai murni pada bulan suci Ramadan, MRT Corp telah mengambil peluang untuk mendekati pihak media dan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua pihak. Majlis ini juga merupakan tanda terima kasih daripada MRT Corp atas liputan media kepada projek MRT yang telah membantu menyebarkan kesedaran akan kebaikan MRT dalam memperbaiki pengangkutan di Lembah Klang.
Sebelum masuk waktu berbuka, Pengarah Strategik Komunikasi dan Perhubungan Awam En Amir Mahmood Razak telah berucap sekata dua. Beliau juga telah memberikan status pembinaan projek terkini.
Kira-kira 45 orang petugas media hadir di majlis tersebut, daripada media cetak dan penyiaran.





