Pada 26 Julai 2022, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengalu-alukan delegasi dari Institution of Civil Engineer (ICE), yang diketuai oleh Presiden United Kingdom, Mr. Ed McCann, ke Projek MRT.
Delegasi seramai lapan orang itu, termasuk ahli dari ICE Malaysia, disambut oleh Pengurus Laluan Putrajaya (PY) MRT Corp, Ts. Noor Aiman Samsudin, bersama Kontraktor Turnkey projek, Pengarah Projek Laluan PY MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, Encik Adil Putra Ahmad di tapak Stesen MRT Sentul Barat.
Lawatan itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Adil dan diteruskan dengan pembentangan oleh wakil MMC-Gamuda mengenai cabaran yang dihadapi dalam pembinaan Laluan PY dan langkah-langkah mitigasi.
Delegasi kemudiannya meneruskan lawatan tapak ke stesen bawah tanah termasuk kawasan platform dan ruang legar.
Ts. Noor Aiman kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada Mr. Ed sebagai tanda penghargaan dengan lawatan itu berakhir sejurus selepas itu.









