NAIB Datuk Bandar Wilayah Perbandaran Beijing Encik Zhang Yankun telah membuat kunjungan hormat ke ibu pejabat korporat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 20 Jun 2013.
Rombongan Encik Zhang telah disambut oleh Pengarah Projek MRT Corp Encik Marcus Karakashian dan Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Encik Amir Mahmood Razak.
Encik Karakashian telah menyampaikan taklimat kepada rombongan tersebut yang merangkumi maklumat umum mengenai laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dan perkembangan terbaharu.
Encik Zhang gembira mendapat tahu bahawa lapan buah mesin pengorek terowong yang digunakan untuk membina terowong bagi Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 9.5 km dibuat di China.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada MRT Corp dalam menyiapkan projek ini,” kata beliau.

