JURUAUDIT dari Jabatan Audit Pembinaan (SAO), Afghanistan telah melawat Pusat Informasi MRT di Seri Kembangan pada 23 November 2018.
Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada Audit Prestasi bagi Bengkel Kerja Pembinaan mereka, yang telah menyaksikan 10 peserta bengkel mempelajari dengan lebih lanjut tentang Projek Mass Rapid Transit (MRT).
Hadir semasa lawatan tersebut adalah Ketua Tempoh Liabiliti Kerosakan Laluan Sungai Buloh-Kajang MRT Corp Encik Tarenjit Singh Khella yang memberikan penyampaian tentang Projek MRT.
Penyampaian tersebut merangkumi pelbagai aspek Projek, dari pembiayaan projek dan struktur, hingga ke bahagian bertingkat dan bawah tanah, dan reka bentuk stesen dan juga topik-topik lain.
Para peserta menyatakan bahawa mereka telah mendapat pemahaman yang jelas tentang industri rel di Malaysia dan mereka kagum akan skala Projek MRT, dengan harapan bahawa satu projek saiz sebegini akan suatu hari nanti menjadi kenyataan di Afghanistan.
Salah seorang peserta juga berkongsi tentang bagaimana industri rel di Afghanistan masih kurang membangun, dan mereka sangat berharap suatu hari nanti Kabul akan setanding dengan Kuala Lumpur.
Mereka kemudiannya dibawa ke Pusat Informasi MRT untuk memeriksa jajaran MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) menggunakan aplikasi interaksi ‘Hawkeye’.
Lawatan itu berakhir dengan pemberian cenderahati oleh Encik Tarenjit Singh Khella kepada salah seorang wakil dari SAO.









