Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada lawatan sambil belajar oleh Land Transport Authority of Singapore (LTA) dari 20 hingga 21 Februari 2019, diadakan di Ibu Pejabat MRT Corp.
Delegasi seramai empat orang ini diketuai oleh Madam Choo Chai Foong, Pengarah Kumpulan, Reka Bentuk Infrastruktur dan Kejuruteraan untuk Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) LTA.
Objektif lawatan ini adalah untuk belajar bagaimana untuk meniru kejayaan MRT Corp menjadi pemaju infrastruktur pertama di Asia untuk mencapai akreditasi BIM Tahap 2.
Kejayaan ini, yang dianugerahkan oleh Llyod’s Register pada Disember 2018, dicapai untuk penggunaan BIM Tahap 2 di dalam pembinaan Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP). Pengiktirafan ini menanamkan minat organisasi tempatan dan serantau seperti LTA, untuk menimba ilmu dari MRT Corp.
LTA adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Kerajaan Singapura yang menerajui perkembangan pengangkutan darat di Singapura. Agensi ini bertanggungjawab untuk merancang, mengendalikan dan menyelenggara infrastruktur dan sistem pengangkutan darat Singapura.
Oleh kerana LTA sedang dalam proses mengkaji amalan semasa dan merancang untuk meningkatkan serta memajukan aliran kerja BIM, ia telah meminta bantuan MRT Corp untuk menganjurkan sesi pembelajaran pengetahuan.
Hari pertama sesi tersebut bermula dengan Pengarah Perancangan dan Rekabentuk MRT Corp Er Poh Seng Tiok berkongsi pembentangan mengenai latar belakang Projek Laluan SSP dan menerangkan perancangan utama, cabaran reka bentuk dan proses kemajuan menggunakan teknologi KejuruteraanDdigital dalam proses reka bentuk laluan SSP.
Program diteruskan dengan gambaran menyeluruh tentang BIM oleh pasukan Kejuruteraan Digital MRT Corp, yang dipimpin oleh Timbalan Pengurus Besar Perancangan dan Reka Bentuk Yeap Beow Heng. Antara tajuk yang diterangkan dalam sesi ini ialah Aliran Kerja dan Proses BIM, Penyelesaian dan Cabaran BIM serta kajian kes bagi Penggunaan Kejuruteraan Digital untuk Stesen MRT Titiwangsa.
Pada hari kedua, delegasi LTA berjaya mendapat pengetahuan berkenaan BIM in Rail Academy (BIRAC) selepas melawat MyBim Centre yang terletak di Sunway Putra Mall. Encik Mohamad Farid A. Hamid, Pengurus Besar MyBIM Centre memberikan taklimat kepada delegasi mengenai peranan pusat itu dalam pembangunan BIM di Malaysia dan program pembelajaran BIM yang ditawarkan oleh MyBIM.
Lawatan sambal belajar diteruskan di Ibu Pejabat MRT Corp pada sebelah petang dengan pembentangan Virtual Reality (VR) dan Kajian Rekabentuk VR oleh Chong Min Chun, Jurutera Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp. Beliau menjelaskan bahawa teknologi VR akan digunakan untuk mengkaji reka bentuk dalam persekitaran maya.
Lawatan ini berakhir dengan taklimat oleh Encik Aswadi Yusof, Pengurus Kanan Perancangan dan Rekabentuk MRT Corp yang diikuti oleh perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti MRT Corp dalam Sistem Maklumat Geografi, Realiti Pemodelan, Pesawat Udara Tanpa Juruterbang dan Portal BIM.









