Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk media di Aloft Hotel KL Sentral, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2016.
Majlis in telah dihadiri kira-kira 100 orang petugas media daripada media cetak dan elektronik.
Selain daripada berbuka puasa bersama-sama pada bulan suci Ramadhan, majlis tahunan ini merupakan satu cara untuk MRT Corp mendekati pihak media dan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak.
Majlis ini juga merupakan tanda terima kasih atas liputan media untuk projek MRT Lembah Klang yang telah membantu memaklumkan dan menyebarkan kesedaran mengenai projek tersebut kepada pihak awam.
Sebelum azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa, Pengarah Strategik Komunikasi dan Perhubungan Awam Dato’ Najmuddin Abdullah telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan sekatadua.
Selain daripada menekankan kepentingan hubungan yang erat bersama pihak media, beliau juga telah memberikan status kemajuan kedua-dua projek MRT Sungai Buloh-Kajang dan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya terkini.











