Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan sesi undian yang ke 16 untuk menganugerahkan subkontrak bagi pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kepada kontraktor Bumiputera. Sesi tersebut dijalankan di Ibu Pejabat MRT Corp pada 23 Januari 2019.
Empat subkontrak bernilai RM 5,025,282.91 telah dianugerahkan.
Subkontrak yang pertama, dengan nilai RM131,266.30 telah dianugerahkan kepada Pakat IT Supplier untuk bekalan, penghantaran dan pemasangan pelepar. Subkontrak untuk kerja-kerja lepaan bernilai RM536,455.90 kemudiannya dianugerahkan kepada Max Global Paint Resources. Lain kontrak bagi pemasangan tembok bernilai RM1,755,050.00 telah dianugerahkan kepada Astana Watan Sdn Bhd. Akhir sekali, kerja-kerja campuran basah bernilai RM2,602,510.71 telah dianugerahkan kepada Tetris Sdn Bhd.
Sesi undian tersebut telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp. Pengurus Besar Bahagian Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp Encik Zarif Zainul, Pengurus Kanan Bahagian Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp Encik Nizam Mahadi dan Ketua Perolehan Encik Hasnul Alfian Harun mewakili MRT Corp di sesi itu.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia) Encik Ismail Awang Ahmad, Setiausaha Jabatan Perancangan Korporat Kementerian Kerja Raya Encik Zureen Zubir, pegawai dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Encik Md Obaidah Md Dasuki dan wakil-wakil dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).
Empat kontraktor yang telah berjaya bakal menerima surat penganugerahan bagi memulakan kerja seperti yang telah dijadualkan mengikut kontrak masing-masing.
Sebelum penganugerahan pada hari ini, sebanyak 119 subkontraktor dengan nilai sebanyak RM191 juta telah berjaya dianugerahkan, sebelum hari ini.





