Sesi Undian Bumiputera bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang ke-15 telah diadakan pada 7 Januari 2019, di ibu pejabat korporate Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Sebelas (11) pakej kerja subkontrak dengan jumlah nilai RM 8, 359, 495.59 telah dianugerah di majlis tersebut. Sebelum ini, sejumlah RM56,699,130.50 untuk 94 pakej kerja telah dianugerah melalui proses undian untuk kelas G1-G4. Sesi undian tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp.
Kerja yang diberikan kontrak adalah kebanyakkannya untuk stesen seperti membekalkan dan memasang papan tanda, sistem melepa dan pengecatan.
Para hadirin termasuk Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia) Encik Ismail Awang Ahmad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Encik Abdul Jammi Abdul Karim, Setiausaha Bahagian Perancangan Korporat Setiausaha Encik Zureen Zubir, Pengarah Pembinaan Pembinaan MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Encik Md Shukor Mohamed, Pengurus Construction Industry Development Board (CIDB) Encik Nazirul Mubin Abdullah Hanif, dan wakil-wakil daripada Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Encik Md Obaidiah dan Tuan Muhammad Azhar.
Pemangku Ketua Pegawai Kewangan Encik Shahrul Fadli Omar Pengurus Besar Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp Encik Zarif Zainul mewakili MRT Corp pada majlis tersebut.
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang ingin mengambil bahagian dalam proses pengundian dikehendaki mempunyai lesen CIDB Malaysia untuk memasuki undi.
Sebelas kontraktor yang berjaya akan menerima surat penganugerahan mereka bagi memulakan kerja yang ditetapkan dalam kontrak masing-masing.



