Satu lawatan ke Ibu Pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah dianjurkan untuk Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Tuan Hasbi Hasbullah pada 18 Jun 2020.
Hasbi dan delegasinya telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif mrt Corp, Encik Abdul Yazid Kassim yang turut berkongsi profil korporat MRT Corp dan struktur bisnes semasa sesi taklimat.
Ketua Pegawai Kewangan MRT Corp Encik Shahrul Fadli Omar kemudiannya menyampaikan model pembiayaan untuk Projek MRT.
Sesi diteruskan dengan sebuah penyampaian daripada Pengarah Projek MRT Corp, Dato’ Amiruddin Ma’aris tentang kemajuan pembinaan MRT Laluan Putrajaya (dahulunya dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya). Beliau menunjukkan kemas kini visual stesen dan depoh dan turut berkongsi kemajuan sistem seperti tren elektrik dan semboyan.
Satu penyampaian tentang perniagaan runcit MRT Corp menyusul kemudian. Ia telah diberikan oleh Ketua Pegawai Komersial MRT Corp, Encik Azwa Abdul Aziz yang telah menyentuh tentang pengurusan, aktiviti dan prestasi runcit.
Hasbi kemudiannya bergerak ke Stesen MRT Semantan di mana beliau telah menaiki tren ke Stesen MRT Pasar Seni. Beliau telah diiringi oleh Ketua Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Encik Leong Shen-Li dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd MRT Laluan Kajang (dahulunya dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang), Tuan Haji Azmi Mohd Zain.
Di stesen, Hasbi telah ditunjukkan jejantas pejalan kaki untuk kesalinghubungan antara Stesen MRT dan LRT Pasar Seni dan juga Stesen KTM Kuala Lumpur.













