Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah telah melawat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 1 Jun 2020.
Semasa lawatan itu, beliau bersama tiga pegawai telah diberi taklimat mengenai Projek MRT Lembah Klang di Ibu Pejabat MRT Corp di Kuala Lumpur serta mengunjungi kedai-kedai runcit di MRT Laluan Kajang (dahulunya dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang).
Lawatan tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Encik Abdul Yazid Kassim, yang telah memberi ucapan alu-aluan dan memperkenalkan barisan MRT Corp kepada delegasi tersebut.
Ini diikuti oleh penyampaian tentang profil korporat MRT Corp dan Model Pembiayaan Projek MRT oleh Ketua Pegawai Kewangan MRT Corp, Encik Shahrul Fadli Omar.
Pengarah Projek MRT Laluan Putrajaya (dahulunya dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya), Dato’ Amiruddin Ma’aris kemudiannya memberikan laporan kemas kini kemajuan pembinaan laluan ini.
Satu sesi perkongsian tentang aktiviti runcit MRT Corp kemudiannya disampaikan oleh Ketua Pembangunan Perniagaan MRT Corp, Ir Sukri Ismail.
Mohd Shahar meneruskan sesi ini dengan perbincangan lebih lanjut tentang Projek MRT dari perspektif Kementerian Kewangan.
Selepas sesi taklimat, delegasi telah dibawa ke Stesen MRT Semantan di mana Mohd Shahar telah berpeluang untuk melawat kedai-kedai runcit di stesen.
Mereka kemudiannya menaiki tren MRT Laluan Kajang ke Stesen Muzium Negara di mana mereka telah diberi lawatan. Di stesen, mereka telah ditunjukkan skrin iklan digital, satu ciri unik stesen tersebut, yang merupakan sebahagian daripada aktiviti Pembangunan Perniagaan MRT Corp.
Mohd Shahar juga mengambil kesempatan berjalan ke KL Sentral dari stesen untuk meneroka peluang komersial yang ada.
Lawatan diakhiri dengan para delegasi kembali ke Stesen MRT Semantan.













