Sebuah lawatan rasmi kerajaan berperingkat tinggi yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya bersama dua orang pegawai daripada dua kementerian telah melawat Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di tapak kerja stesen MRT Chan Sow Lin pada 13 Febuari 2020.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham bin Ishak dan rakan sejawatannya di Kementerian Kerja Raya, Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan telah menghabiskan lebih dari satu jam di lokasi untuk melihat kemajuan penggalian kotak stesen. Delegasi tersebut telah turun 40-meter ke pangkalan kotak stesen di mana terletaknya mulut terowong.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Abdul Yazid bin Kassim dan Pengarah Projek MRT Laluan SSP Dato’ Amiruddin Ma’aris telah mengetuai lawatan tapak.
Turut hadir bersama ialah pegawai daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Pihak Berkuasa Lebuhraya Lembaga Malaysia dan Ekovest Bhd yang merupakan syarikat konsesi Lebuhraya DUKE 3.
Selain kerja pembinaan stesen, para pelawat juga mengambil kesempatan untuk mempelajari mengenai projek-projek lain yang sedang dijalankan bersebelahan dengan tapak Stesen MRT Chan Sow Lin. Mereka telah diberi taklimat mengenai bagaimana projek-projek ini berkaitan dengan kerja-kerja projek MRT dan juga isu-isu seperti urutan pemilikan dan keselamatan tapak kerja.









