SEBELAS pegawai dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pembangunan (CEDD) dan Jabatan Perancangan (PlanD) Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah melawat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 10 September 2019 untuk satu kajian mengenai Projek MRT.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada kajian kebolehlaksanaan mengenai Kajian Reka Bentuk Bandar dan Hijau untuk Pusat Bandar dan Nod Komersial Daerah di Masa Hadapan bagi Kawasan Pembangunan Baru Hung Shui Kiu’, yang akan merangka reka bentuk bandar yang disyorkan dan menubuhkan sasaran hijau untuk mendidik pembangunan akan datang di Kawasan Pembangunan Baru Hung Shui Kiu (HSK NDA) di Hong Kong.
Projek MRT memberikan peluang kepada para pelawat untuk mendapatkan pemahaman tentang penggunaan konsep reka bentuk bandar, terutamanya bagi perancangan stesen. Sambungan stesen-stesen MRT kepada pembangunan kediaman dan komersial boleh membantu dalam meningkatkan konsepsi reka bentuk bandar dan pembangunan akan datang di HSK NDA.
Berlangsung di ibu pejabat MRT Corp di Kuala Lumpur, ucapan selamat datang telah diberikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp, Encik Alan Teoh, menandakan bermulanya program dan diikuti dengan sesi pengenalan dari kedua-dua organisasi. Para pelawat juga memberikan kemas kini pembangunan akan datang HSK NDA. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada tahun 2020 di mana keseluruhan projek dijangka siap pada 2037/2038.
Penolong Pengurus Besar Bahagian Geoteknikal dan Terowong MRT Corp, Encik Khoo Chee Min, kemudiannya memberi penyampaian tentang Projek MRT yang telah merangkumi antara lain, struktur projek, gambaran keseluruhan, garis masa dan kemajuan.
Topik seterusnya yang telah disampaikan ialah berkaitan Perancangan Berorientasikan Transit (TOD), disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Bahagian Seni Bina MRT Corp, Encik Khoh Kok Hong. Beliau memberi taklimat tentang prinsip-prinsip perancangan reka bentuk stesen bawah tanah dan pendekatan TOD. Pembentangan turut membincangkan tentang TOD bagi pembangunan yang bersambung dan berintegrasi, dan juga pembangunan yang mempunyai pintu masuk berintegrasi.
Para pelawat dari CEDD dan PlanD meneruskan lawatan ke Galeri MRT sebelum bergambar kumpulan bagi memperingati hari tersebut dan mengakhiri lawatan mereka











