Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjadi tuan rumah kepada para pelajar Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET) dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 24 Julai 2019 di Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia.
Para pelajar yang mengambil kursus Reka Bentuk Capstone ini, telah diketuai oleh Pensyarah Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Kolej UNITEN, Cik Lee Hui jing. Kursus tersebut memerlukan mereka untuk mereka bentuk satu sistem operasi bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP). Lawatan ini akan memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar untuk menyaksikan bagaimana Projek telah berkembang dari segi pembinaan dan sistem.
Lawatan tersebut bermula dengan pengenalan kepada Projek MRT oleh Pengurus Projek Kanan Sistem Mekanikal dan Elektrik, Laluan SSP MRT Corp, Ir. Ridzuan Abdul Wahab. Penyampaian beliau diteruskan dengan teknologi keretapi dan sistem elektrifikasinya. Satu perkongsian tentang Sistem Tren MRT juga turut disampaikan di mana Ridzuan bercakap tentang pengurusan reka bentuk, gambaran teknikal dan subsistem utama. Topik terakhir yang dibincangkan adalah tentang Sistem Kutipan Tambang Automatik dengan memberi tumpuan kepada seni bina sistem dan rangkaian, bayaran media dan peralatan.
Pameran Realiti Maya juga diberikan kepada para pelawat di mana mereka mendapat pengalaman meninjau stesen MRT.
Lawatan berakhir dengan satu gambar berkumpulan dan penyampaian token penghargaan dari MRT Corp kepada wakil UNITEN.







