PerniagaanRuang NiagaPermohonan Ruang Runcit

PERMOHONAN RUANG RUNCIT

Sila baca semua maklumat yang disediakan dan ikuti langkah-langkah untuk proses permohonan. Permohonan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik.

 

Pemohon yang Layak

Anda layak memohon jika anda memenuhi syarat-syarat yang disenaraikan di bawah:

  1. Perniagaan anda berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Perniagaan anda mempunyai modal berbayar minimum sebanyak RM 20,000.00 untuk syarikat jenis Sdn Bhd atau purata baki bank sebanyak RM20,000.00 untuk enam (6) bulan terakhir untuk Syarikat jenis persendirian/perkongsian 
  3. Perniagaan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman yang serupa / relevan / berkaitan dengan perniagaan yang dipohon 
  4. Anda hendaklah mengemukakan cadangan perniagaan penuh dan lengkap 

Mana-mana permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas secara automatik akan dibatalkan kelayakannya. 

 

Cara memohon

Baca semua maklumat yang disediakan dalam Garis Panduan Permohonan Ruang Runcit
Muat turun, cetak dan isi Borang Permohonan Runcit Untuk harga sewa, sila emel ke [email protected] untuk pertanyaan lanjut.
Email borang permohonan anda dan semua dokumen sokongan yang diperlukan ke [email protected].
  • Sila pastikan teks dan / atau ilustrasi dalam cadangan anda adalah jelas dan boleh dibaca.
  • Anda boleh memohon lebih daripada satu ruang runcit bagi sesebuah syarikat.
  • Satu set lengkap permohonan runcit dan dokumen sokongan boleh digunakan bagi sesebuah syarikat. 
  • Sebuah syarikat boleh memohon lebih daripada satu unit ruang runcit bergantung kepada ketersediaan 

 

Dokumen-Dokumen Permohonan

 

Ruang Runcit untuk Disewa

Untuk senarai unit ruang runcit yang boleh disewa yang boleh disewa, sila hubungi Unit Runcit MRT di talian 03-2081 5230 atau emel pertanyaan anda ke [email protected].

 

Spesifikasi Ruang Runcit

  1. Semua unit runcit dilengkapi dengan sistem perlindungan kebakaran yang dihubungkan dengan Pusat Kawalan Operasi Stesen (OCC). Sistem perlindungan kebakaran dihubungkan dengan bidai api dan terdapat di dalam semua unit runcit di stesen.
  2. Semua unit runcit disediakan dengan spesifikasi kedai asas seperti isolator (63 amp 3 fasa) bermeter, paip air sejuk bermeter, penyekat lantai, bidai api, pintu kecemasan dan alat pengesan asap.  

Hubungi Untuk Pertanyaan

Untuk pertanyaan mengenai permohonan ruang runcit ini, sila emel [email protected]