Sejumlah lima subkontrak untuk pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bernilai RM8.5 juta telah dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 25 April 2019.
Bagi cabutan undi yang ke-19, lima subkontrak telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera melalui majlis cabutan undi yang diadakan di Ibu Pejabat Korporat MRT Corp. Subkontrak yang dianugerahkan adalah sebahagian daripada kerja yang diperuntukkan untuk kontraktor Bumiputera dari Gred G1 hingga G4 di bawah CIDB.
Subkontrak yang dianugerahkan adalah seperti berikut:
- Satu subkontrak bernilai RM 302,651.00 diperuntukkan bagi syarikat G2
- Empat subkontrak bernilai RM 7,935,078.00 yang diperuntukkan bagi syarikat G4
Wakil-wakil dari Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Bahagian Perancangan Korporat Kementerian Kerja Raya Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad telah mengambil bahagian di dalam sesi cabutan undi.



