WARGA kerja Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah diberi peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Projek MRT apabila Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyertai program #JomPicnic SSM pada 10 Februari 2018 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
SSM, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan program berkelah seluruh negara buat pertama kali sebagai sebahagian daripada kempen Keluarga Bahagia sepanjang tahun SSM dengan objektif untuk mempromosikan kepentingan institusi keluarga yang kukuh.
MRT Corp, sebagai salah satu rakan kongsi strategik SSM, telah menyertai program berkelah itu untuk membantu meningkatkan kesedaran Projek MRT kepada warga kerja SSM dan ahli keluarga.
Sebuah gerai telah ditubuhkan untuk mempamerkan Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dengan para pegawai informasi dari MRT Corp dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, Rakan Pelaksana Projek Laluan SSP, telah ditugaskan untuk menyebarkan maklumat dengan menjawab pertanyaan dan mengedarkan risalah projek.
Lebih daripada 200 orang telah melawat gerai pameran tersebut di mana di samping mengetahui lebih lanjut tentang Projek MRT, mereka juga berkesempatan untuk mendapat barang sagu hati MRT.
Pengerusi SSM, Datuk Seri Jamil Salleh telah melancarkan kempen Keluarga Bahagia bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zaharah Abd Wahab Fenner dan berkata bahawa aktiviti-aktiviti sihat akan dapat mengurangkan tekanan di kalangan warga kerja dan ia juga penting untuk warga kerja untuk terus positif dan produktif.
Jamil juga telah melancarkan “10 Nilai-Nilai Kekeluargaan”, iaitu sebuah buku tentang nilai kekeluargaan yang menyenaraikan 10 tindakan yang boleh diambil untuk melihatkan penjagaan dan kasih sayang kepada keluarga.





