SEMPENA Hari Kualiti Sedunia 2017 pada 9 November 2017, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama Rakan Pelaksana Projek (PDP) untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd (MMC-Gamuda) telah merasmikan ‘Program Kerjasama Industri (ICP) Program Peningkatan Ekonomi (EEP) Program Pembangunan Keupayaan untuk Konkrit Berkualiti’.
Pengarah Piawaian dan Pematuhan MRT CorpTuan Syed Mahdhar Syed Hussain telah melancarkan program ini di Pusat Latihan KVMRT Sungai Buloh.
Matlamat program ini adalah untuk mendidik warga MRT Corp, PDP dan Kontraktor Pakej Kerja (WPC) tentang kepentingan kualiti konkrit yang tinggi yang diperlukan dalam melaksanakan projek.
Menyampaikan ucapannya ketika acara tersebut, Syed menyatakan bahawa memandangkan kerajaan telah membayangkan Industri Keretapi Malaysia akan menjadi perniagaan yang kukuh dan berdaya saing menjelang 2030, MRT Corp bersama PDP dan WPC hendaklah mencapai piawaian tersebut.
Antara lainnya, program ini akan dapat membantu para hadirin untuk mempertingkatkan pemahaman tentang konkrit.
Sepuluh modul latihan yang merangkumi jangka masa selama tiga tahun akan diadakan dan dilaksanakan oleh IMM-Soil Sdn Bhd. Sebelum ini, organisasi tersebut telah melaksanakan kerja-kerja perundingan untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dan memahami jangkaan dan keperluan projek MRT.
Pengarah Projek MRT Laluan SSP MMC-Gamuda Encik Param Sivalingam mengatakan bahawa peranan PDP adalah untuk memastikan sesi latihan dianjurkan dengan lancar. Beliau juga menekankan bahawa mempunyai kualiti konkrit yang tinggi adalah sangat penting dalam kelangsungan hidup projek.
Seorang lagi penceramah, Ketua Kualiti MMC-Gamuda Dr Yeap Ming Keong bercakap tentang faedah yang akan diperolehi oleh individu yang menjalani program ini.
Di akhir majlis perasmian, WPC telah diberikan buku kecil Skim Latihan Pengurusan Keselamatan Tapak sebagai panduan untuk mereka mendidik para pekerja mereka berkenaan keselamatan di tapak pembinaan.





